Kisah Kejayaan - Puan Zainon binti Amaludin

23 December 2016 | Kisah Kejayaan

Nama                           :           Puan Zainon binti Amaludin

Umur                            :           38 tahun

Taraf Pendidikan          :           SPM

Pekerjaan                      :           Peniaga Meja Taman

 

Puan Zainon binti Amaludin merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan meja taman secara sambilan di Felda Bukit Jalor. Beliau telah mengusahakan perniagaan tersebut sejak setahun yang lalu iaitu pada tahun 2015. Sebelum ini, Puan Zainon hanya membantu saudaranya menjalankan perniagaan ini. Namun kini, beliau telah bergerak sendiri dengan mendapatkan bekalan secara terus daripada pembekal daripada Kelantan.  Selain daripada perniagaan meja taman ini, beliau turut mengambil upah mengasuh anak-anak bagi membantu ibu-ibu di Kampung Felda Bukit Jalor yang bekerja.

 

Perniagaan meja taman beliau mendapat sambutan yang baik dari penduduk Felda Bukit Jalor. Malah ada juga pesanan daripada penduduk di luar kampung dan di luar negeri Sembilan.  Perniagaan yang diusahakan oleh beliau ini semakin berkembang sehingga beliau kini mempunyai pelanggan dari Johor Bharu, Pahang dan Pulau Pinang. Hal ini kerana, harga yang ditawarkan oleh beliau adalah sangan berpatutan yang mana bagi jualan di dalam kawasan Negeri Sembilan, beliau hanya mengenakan bayaran sebanyak RM290 sahaja bagi setiap meja taman. Manakala, bagi jualan di luar Negeri Sembilan, harga yang dikenakan pula hanya RM320 sahaja. Lebih memudahkan urusan perniagaan beliau, meja taman yang dipesan akan terus dihantar oleh pembekal ke rumah pelanggannya.

 

Beliau turut mengiklankan perniagaan beliau di dalam media sosial seperti facebook.com. Kemudahan pengiklanan di facebook membolehkan beliau memuatnaik contoh ganbar meja taman yang dijual dan memudahkan pelanggan untuk menghubunginya terus melalui facebook. Selain itu, beliau turut menggunakan medium whatsapp untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan. Bagi yang berminat dengan meja taman ini, boleh menghubungi Puan Zainon di talian 012-6640977.

 

Antara contoh meja taman yang dijual oleh Puan Zainon

Puan Zainon bersama meja taman yang ada di rumahnya.