Pertandingan Reka Cipta Sempena Cuti Sekolah

28 December 2016 | Berita Terkini

            Sempena cuti sekolah penggal kedua ini, Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Felda Bukit Jalor telah mengadakan pertandingan reka cipta bagi pelajar sekolah rendah. Pertandingan reka cipta ini menggunakan bahan-bahan terbuang seperti botol air mineral. Pertandingan ini telah diadakan di dalam bilik latihan di PI1M kerana para peserta dibenarkan untuk melihat contoh-contoh hasil reka cipta di dalam internet untuk mendapatkan inspirasi bagi menghasilkan produk mereka sendiri. Seramai 15 peserta telah terlibat di dalam pertandingan ini. Kesemua peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang peserta. Peserta bebas menghasilkan hasil reka cipta mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti ini berlangsung pada 27 Disember 2016 bermula jam 2.00 petang sehingga 5.30 petang.

          Dalam pertandingan ini, setiap kumpulan hanya diberikan bahan asas seperti satu botol mineral bersaiz besar, gunting, pisau dan getah. Peserta dibenarkan untuk menggunakan bahan lain dan atas inisiatif mereka sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Meraka perlu bekerjasama untuk menyiapkan hasil reka cipta kumpulan mengikut masa yang telah ditetapkan.

          Aktiviti ini amat menyeronokkan dan dapat meningkatkan tahap kreativiti pelajar dalam menghasilkan sesuatu perkara. Disamping itu, ini dapat mengisi masa lapang pelajar ketika cuti sekolah dan dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.  Kesemua pelajar yang mengambil bahagian di dalam pertandingan ini menunjukkan kesungguhan bekerja di dalam kumpulan. Pihak PI1M mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para peserta yang terlibat.

 

Perserta begitu tekun menyiapkan tugasan masing-masing.

 

Semangat bekerjasama dalam kumpulan dapat dilihat di dalam pertandingan seperti ini.

 

Antara hasil reka cipta yang berjaya dihasilkan.