Ekonomi dan Keusahawanan
PERTANIAN
Getah merupakan tanaman utama di Felda Bukit Jalor. FELDA
merupakan organisai yang bertanggungjawab dalam memberi bantuan dan khidmat
nasihat kepada peneroka di sini. Selain
itu, terdapat juga penduduk kampung yang mengusahakan tanaman kelapa dan pisang
untuk pasaran luar kampung. Aktiviti sampingan ini selain dari menoreh getah
mampu untuk menjana pendapatan sampingan penduduk di sini. Terdapat juga
penduduk kampung yang menanam sayur-sayuran dan pokok buah-buahan untuk
kegunaan sendiri.
PENTERNAKAN
Selain daripada menanam getah, penduduk di Felda Bukit Jalor turut mengusahakan aktiviti ternakan ikan, ayam, lembu dan kambing secara kecil-kecilan. Bagi ternakan ayam, kebanyakan penduduk menternak untuk dijadikan sumber makan sendiri. Manakala ternakan ikan, lembu dan kambing diusahakan untuk pasaran dalam kampung dan luar kampung. Mereka ini dibantu oleh Jabatan Perikanan dan PELADANG. Dengan adanya bantuan dari pihak Jabatan Perikanan dan PELADANG, secara tidak langsung ini dapat menggalakkan penduduk kampung untuk mencari pendapatan sampingan selain daripada menorah getah.
PERNIAGAAN RUNCIT DAN PASAR
Selain daripada pertanian dan perternakan, penduduk di
Felda Bukit Jalor juga mengusahakan pernigaan runcit dan secara kecil-kecilan
bagi menampung keperluan asas penduduk kampung. Terdapat lebih 5 buah kedai di
sini yang mana kesemuanya diusahakan oleh penduduk kampung ini. Selain kedai
runcit, terdapat juga kedai-kedai yang menjual barangan basah seperti ikan,
daging dan sayur-sayuraan sebagai sumber makanan kepada penduduk kampung. Harga
yang tawarkan juga tidaklah terlalu mahal dan sesuai dengan taraf pendapatn
penduduk di sini.
USAHAWAN
FELDA BUKIT JALOR
Usahawan
Nama Penuh :
Puan Salmiah binti Mokhtar
Umur : 41 Tahun
No. Telefon :
017-6041172
Nama Produk : Buah buahan tempatan
Penerangan Perniagaan & Produk :
1) Menjalankan perniagaan buah buahan tempatan.
2)
Memulakan perniagaan pada tahun
2020.
3)
Mendapat bekalan daripada pembekal dari Thailand.
4)
Menerima tempahan bekalan buah-buahan dari dalam dan
luar kawasan kampung seperti daripada Jelai, Pasir Besar, Sungai Kelamah dan Gemas.
Usahawan Runcit
Nama Penuh :
Encik Salehin bin Husin
Umur :
34 Tahun
No. Telefon :
019-2417401
Pernigaan :
Kedai Runcit
Penerangan Perniagaan & Produk :
1)
Memulakan perniagaan pada tahun
2011.
2)
Dikenali sebagai Kedai Biru oleh penduduk
Kampung Felda Bukit Jalor.
3)
Bermula dengan sebuah kedai kecil
seperti kiosk hasil daripada menoreh getah di kebun-kebun peneroka di Felda
Bukit Jalor.
4)
Kini, berjaya membuka sebuah kedai
yang lebih besar dan mengamalkan konsep drive-thru yang memudahkan pelanggan.
5)
Beliau mengusahakan kedai ini
bersama adik beliau dan dibantu oleh seorang pembantu kedai.
6)
Kedai Kedai beliau dibuka seawal
jam 8.00 pagi dan ditutup pada jam 12.00 malam.