Kemudahan Awam

KEMUDAHAN ASAS

Kampung Felda Bukit jalor dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap untuk kegunaan penduduk setempat dan pengunjung luar yang datang ke kampung ini. Antara kemudahan yang disediakan seperti jalan raya, lampu jalan, bekalan air dan elektrik, sekolah, masjid, balai polis, balai raya dan kedai-kedai runcit bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

 

KESIHATAN 

Penduduk Felda Bukit Jalor mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik Desa Felda Bukit Jalor yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat, bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kedudukan klinik ini tidak jauh dari penempatan penduduk dan mudah bagi mereka untuk datang mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini adalah klinik kesihatan kanak-kanak, ibu mengandung, postnatal, dan turut menyediakan perkhidmatan rawatan ke rumah ke rumah untuk wanita mengandung. Sekiranya berlaku kes-kes kritikal, pihak klinik akan merujuk kepada Klinik Kesihatan Ayer Kuning atau Hospital Besar Tampin atau Hospital Jasin. 

 

KESELAMATAN

Segala aduan dan kegiatan jenayah akan dilaporkan terus ke Balai Polis Ayer Kuning Selatan yang merupakan balai polis terdekat dengan kawasan ini. Di samping itu, penduduk juga bekerjasama dengan pihak polis, JKKK dan RELA dalam menjaga keselamatan kampung dan mengelakkan kegiatan jenayah berlaku di kampung ini.

Balai :

Balai Polis Ayer Kuning Selatan

No. Telefon :

06-447 9224

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.