Maklumat Tempatan
MAKLUMAT KOMUNITI FELDA BUKIT JALOR
Felda Bukit Jalor diteroka pada tahun 1963 dan kemasukan
peneroka adalah pada tahun 1968. Jumlah peneroka adalah seramai 444
orang. Manakala jumlah keseluruhan penduduk adalah seramai 2560
orang. Kawasan Felda Bukit Jalor terletak dalam daerah Tampin dan Kawasan
Dun Gemencheh. Bandar yang berhampiran adalah bandar Gemencheh iaitu kira-kira
24km dari Felda Bukit Jalor. Pentadbiran kampung pula diuruskan oleh MPKK Felda Bukit Jalor yang diketuai oleh Encik Daud bin Md Nor selaku Ketua
Kampung ketika ini. Kawasan ini merupakan kawasan tanah berbukit dan
terdapat juga kawasan tanah rendah dan kawasan berpaya. Keadaan tanah pamah
yang subur menggalakkan peneroka menjalankan aktiviti pertanian seperti tanaman
kelapa sawit dan getah. Kampung Felda Bukit jalor ini juga turut dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan seperti perpustkaan desa, sekolah rendah dan
menengah, dewan semai bakti, gelanggang futsal, masjid dan klinik desa.
Lokasi |
Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Jalor |
Mukim |
Ayer Kuning |
Dun |
Gemencheh |
ADUN |
YB Encik Mohd Isam bin Isa |
Parlimen |
Tampin |
Negeri |
Negeri Sembilan Darul Khusus |
Menteri Besar |
Y.A.B Tuan Haji Aminuddin bin Harun |
Populasi |
2560 orang |
Aktiviti Ekonomi Utama |
Pertanian (Getah), Perniagaan Runcit Kecil-kecilan,
Penternakan (Lembu & Kambing) |
Jumlah Keahlian (setakat 27 Januari 2021) |
1525 orang |
Permberi Perkhidmatan |
Celcom Axiata Berhad |
Website |
|
Kampung Tanpa Wayar |
1. PIK Bukit Jalor (Pole 20 Meter CBC Tower) |
BANDAR BERDEKATAN
Bandar yang paling hampir dengan Felda Bukit Jalor adalah
bandar Gemencheh dan Gemas iaitu lebih kurang 15 km jaraknya. Kebanyakkan
penduduk akan ke Gemas atau Gemencheh untuk urusan-urusan utama atau membeli
barang-barang, mengisi petrol & sebagainya. Antara kemudahan yang terdapat
di bandar-bandar ini adalah seperti bank, pejabat pos, pasaraya dan banyak
lagi. Pekan Air Kuning adalah altenatif lain dimana jarak antara Felda Bukit
Jalor ke Ayer Kuning adalah 7 km.