Pelancongan & Rekreasi

Gunung Tampin

Gunung Tampin juga merupakan destinasi yang sering dikunjungi oleh orang ramai. Gunung Tampin merupakan pengakhiran kepada Banjaran Titiwangsa (dari segi geografi). Beberapa kolam telah didirikan diatas gunung ini bagi membolehkan para pengunjung menikmati kejernihan air yang masih terpelihara ini.  Laluan sedia ada ke puncak gunung dengan jarak kira-kira 5 km ini juga sering dijadikan trek berjogging dan beriadah oleh orang ramai pada sebelah petang dan cuti hujung minggu

 

Hutan Lipur Batu Maloi

 Hutan Lipur Batu Maloi terletak di daerah Johol, N.Sembilan. Kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti pondok rehat dan tapak perkhemahan. Hutan lipur ini dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Hutan lipur ini turut dibuka untuk perkhemahan dan bermalam.

Terletak 8 km dari Pekan Johol melalui Jalan Tampin-Kuala Pilah dan 68 km dari Bandar Seremban, Hutan Lipur Batu Maloi terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tampin yang merupakan jenis hutan Dipterokarpa Pamah.

 

O’cup Homestay Gemencheh

Bagi pengunjung yang ingin datang ke kawasan Gemencheh dan Tampin, O’cup Homestay adalah pilihan terbaik bagi pengunjung yang ingin mencari tempat untuk menginap. Homestay ini terletak di Pekan Gemencheh dan dimiliki oleh anak Felda Bukit Jalor iaitu Puan Qhairin binti Baharuddin. Homestay ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air serta ruang tamu yang luas, sesuai untuk pengunjung yang mempunyai keluarga besar. Harga penginapan di homestay ini hanya serendah RM150 (1 bilik), RM200 (2 bilik) dan RM250 (3 bilik) untuk 2 hari 1 malam.

PERTANYAAN/TEMPAHAN
Call/Whatsapp :
 012 3093172(Mohd Azizie)
 017 6797048(Qhairin Baharudin)

 BLOG HOMESTAY: ocuphomestaygemencheh.blogspot.com
 FB HOMESTAY: https://www.facebook.com/OcupHomestayGemencheh

Nama Pemilik    : Mohd Azizie Aris

No. Tel                  : 012-3093172

Alamat                  : No 46, Jln Orkid 2/3, Tmn Orkid 2, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan

                                (Berhampiran Smk Dato Mohd Taha & Masjid As-Syakirin)




© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.