Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain

PI1M merupakan projek kerajaan dengan isiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berserta Celcom Berhad dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti di kawasan luar bandar.

PI1M Felda Bukit Jalor ini mula beroperasi pada 22 April 2010 yang dilengkapi dengan 20 buah komputer berinternet untuk kegunaan seluruh komuniti Felda Bukit Jalor. Ruang Bilik Kelas dan Latihan, Bilik Penggunaan Internet yang selesa dan pelbagai servis dokumentasi sampingan disediakan.

Selain dari itu, PI1M juga menyediakan kemudahan bagi badan-badan kerajaan mahupun swasta yang ingin menggunakan perkhidmatan sewaan untuk keperluan kelas mahupun apa-apa aktiviti seperti bengkel dan sebagainya.

Puan Rahayu Razalli adalah pengurus pertama yang menguruskan PI1M ini yang pada mulanya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti dan dibantu oleh Cik Norizzati Abdul Rashid. Masa silih berganti hingga kini pada tahun 2014 PI1M diuruskan oleh dua orang staff iaitu Cik Norizzati Abdul Rashid dan Cik Siti Radhiah Md Isa yang baru memulakan tugas pada tahun ini bagi menggantikan Encik Mohd Shukor Husin yang telah menamatkan perkhidmatan pada Januari 2014. 


WAKTU OPERASI 

ISNIN - AHAD (Dibuka setiap hari KECUALI cuti umum)

9.00 pagi - 6.00 petang (1.00 - 2.00 petang - rehat)


PERKHIDMATAN


Pendaftaran ahli hanya RM 5.00 sahaja seumur hidup.


Penggunaan komputer 


Ahli PI1M - RM 1.00/jam

Bukan Ahli - RM 1.50/jam



KEMUDAHAN 


Penggunaan komputer

Printing

Laminating

Scanning

Photostat

Penghantaran Email

Menaip 

Kelas Komputer Percuma





Hadapi Masalah? Rujuk Panduan