[2022] Kisah Kejayaan Q1 (Usahawan 1) : BOBXX STORE

24 March 2022 | Berita Terkini

NAMA USAHAWAN               : MOHAMAD FARZUHAIRIE BIN JEFRIMAN

NAMA PERNIAGAAN             : BOBXX STORE

ALAMAT PERNIAGAAN         : NO 176, FELDA BUKIT PERMAI, LAYANG-LAYANG

PENDIDIKAN                           : SPM

FOKUS PERNIAGAAN             : MAKANAN, PAKAIAN

NO TELEFON                           : 019-5453129

TARIKH MULA PERNIAGAAN : 2020

 

 

Encik Mohamad Farzuhairie Bin Jefriman merupakan usahawan kelahiran Felda Bukit Permai Layang-Layang. Beliau merupakan seorang usahawan sambilan yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Beliau menjadi usahawan dalam pelbagai jenis jualan contohnya, pakaian baju bundle, topi, seluar tidur pakaian kanak-kanak dan dewasa dan sebagainya. Namun begitu, sekarang beliau juga menjual lokching iaitu makanan kegemaran bagi negeri Kelantan. Beliau telah memulakan perniagaan pada awal tahun 2020 dan mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk sekitar.

 

 

 

Beliau merupakan seorang ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang aktif lebih-lebih lagi jika PEDi Felda Bukit Permai ada membuat sebarang program IT dan bukan IT yang melibatkan komuniti. Beliau menggunakan laman sosial seperti WhatsApp, Tiktok, Instagram, Facebook dan Shopee untuk mempromosikan produknya.

Bagaimana internet dapat mencapai kejayaan beliau adalah pada awal penubuhannya, beliau telah menghadiri beberapa Kelas Usahawan yang telah dianjurkan secara atas talian berikutan pandemic Covid-19 semasa awal penubuhan perniagaan beliau. Di dalam kelas ini, beliau mempelajari cara-cara membuat bahan-bahan pemasaran perniagaan seperti flyers, bunting dan banner. Beliau juga rajin mengikuti kelas untuk belajar ilmu pemasaran melalui media sosial. Sehingga kini beliau masih lagi menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti perkhidmatan cetakan dan salinan di PEDi Felda Bukit Permai.

 

 

 

Pada pandangan beliau, PEDi Felda Bukit Permai ini banyak memberi kemudahan kepada penduduk dan kawasan sekitarnya. Selain itu, PEDi Felda Bukit Permai amat menarik berbanding pusat internet swasta di luar sana kerana tempat yang selesa serta harga yang jauh lebih murah membuatkan ramai tertarik untuk berkunjung ke PEDi. Diharap PEDi Felda Bukit Permai akan terus kekal supaya dapat membantu generasi akan datang.