[2022] Kisah Kejayaan Q1 (Usahawan 2) : SHIDA DESSERTS

24 March 2022 | Berita Terkini

NAMA USAHAWAN               : RAHSIDAH BINTI SARJU

NAMA PERNIAGAAN             : SHIDA DESSERTS

ALAMAT PERNIAGAAN         : KAMPUNG MURNIJAYA, LAYANG-LAYANG

PENDIDIKAN                           : IJAZAH (TESL)

FOKUS PERNIAGAAN             : KEK DAN PENCUCI MULUT

NO TELEFON                           : 011-5425 4288

TARIKH MULA PERNIAGAAN : 2021

 

 

 

Puan Rahsidah binti Sarju merupakan usahawan kelahiran Kampung Murni Jaya, Layang-Layang. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan kek dan dessert. Beliau telah mengusahakan perniagaan kek dan desserts ini di kedai makan suaminya di Kampung Murni Jaya.  Beliau telah memulakan perniagaan pada awal Jun 2021 dan mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk sekitar dan luar daerah. Beliau menjalankan perniagaan ini pada mulanya secara kecil-kecilan dengan hanya menjual kek cheese. Akan tetapi sambutan yang diterima adalah sangat luar biasa.

 

   

 

Beliau kini merupakan seorang ahli PEDi Felda Bukit Permai yang aktif lebih-lebih lagi jika PEDi Felda Bukit Permai ada membuat sebarang program keusahawanan atau program yang melibatkan komuniti. Beliau menggunakan laman sosial seperti WhatsApp dan Facebook untuk mempromosikan produknya. Dengan mempromosikan perniagaan menggunakan media sosial ini sahaja beliau akhirnya dapat mengembangkan perniagaan beliau ke luar daerah Kulai.

 

 

 

Bagaimana internet dapat mencapai kejayaan beliau adalah pada awal penubuhannya, beliau telah menghadiri beberapa kelas usahawan pemasaran yang telah dianjurkan. Di dalam kelas ini, beliau mempelajari cara menggunakan media sosial sebagai zero cost marketing. Sehingga kini beliau masih lagi menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti perkhidmatan cetakan dan salinan di PEDi.

 

  

 

Pada pandangan beliau, PEDi Felda Bukit Permai ini banyak memberi kemudahan kepada penduduk dan kawasan sekitarnya. Selain itu, PEDi Felda Bukit Permai amat menarik kerana tempat yang selesa serta harga yang jauh lebih murah membuatkan ramai tertarik untuk berkunjung ke PEDi. Diharap PEDi Felda Bukit Permai akan terus kekal supaya dapat membantu generasi akan datang.