[2022] Kisah Kejayaan Q1 (Celik IT) : MUHAMMAD NURTAUFIQ BIN BHARUDDIN

24 March 2022 | Berita Terkini

NAMA PEDi                          : PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA FELDA BUKIT PERMAI

NAMA                                    : MUHAMMAD NURTAUFIQ BIN BHARUDDIN

UMUR                                    : 16 TAHUN

JANTINA                               : LELAKI

PEKERJAAN            : PELAJAR

SEKOLAH                             : SMK LAYANG-LAYANG

 

 

            Muhammad Nurtaufiq bin Bharuddin merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang (SMKLL) Johor. Beliau menetap di kawasan Felda Bukit Permai Layang-Layang bersama kedua ibubapa serta adik-beradiknya yang lain. Beliau juga merupakan salah seorang ahli yang aktif di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Bukit Permai sejak tahun 2013 lagi ketika beliau bersekolah rendah.

 

 

 

            Beliau sering datang ke PEDi  yang terletak berhampiran rumahnya dengan menunggang basikal bersama kawan-kawan pada setiap petang dan semasa cuti sekolah. Beliau telah mendaftar sebagai ahli semasa beliau bersekolah Tahun 1. Semasa beliau Tahun 1, beliau telah mengikuti kelas asas komputer ajuran PEDi Felda Bukit Permai pada setiap minggu. Dari kelas tersebutlah timbul minat dan beliau suka akan teknologi maklumat (IT) serta akan kemudahan yang disediakan di PEDi Felda Bukit Permai.

 

 

            Beliau kini merupakan seorang ahli yang aktif lebih-lebih lagi jika PEDi Felda Bukit Permai ada membuat sebarang program IT dan bukan IT yang melibatkan ahli dan komuniti setempat. Selain itu, beliau juga kerap hadir ke PEDi untuk mempelajari sesuatu berkaitan dunia ICT. Kini beliau agak mahir dalam menggunakan pelbagai perisian komputer seperti Microsoft Office iaitu Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Selain itu, beliau juga mahir menggunakan enjin carian, emel dan media sosial.

 

 

 

            Bukan itu sahaja, ibubapa beliau juga amat mengalakkan beliau untuk terlibat dengan program dan aktiviti anjuran PEDi. Beliau juga sering mengajak adik dan kawan-kawannya untuk hadir dan mendaftar menjadi ahli PEDi. Menurut beliau, banyak manfaatnya menjadi ahli PEDi berbanding bukan ahli.

            Akhir sekali, menurut beliau dengan wujudnya PEDi ini akan membantu ramai lagi generasi akan datang yang lebih celik IT. Beliau mengucapkan terima kasih kepada PEDi Felda Bukit Permai yang telah banyak memberi peluang kepada anak muda seperti beliau untuk mempelajari dan menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan.