Pertandingan Mencipta Kad Raya Digital

26 April 2022 | Berita Terkini

Tajuk Program: Pertandingan Mencipta Kad Raya Digital

Peserta: Terbuka Kepada Peserta Berumur 9 Hingga 12 Tahun

Tarikh: 15 April 2022

 

 

16 April 2022 – Satu Bengkel berkonsepkan Teknologi (IT) anjuran Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Permai telah diadakan di PEDi Bukit Permai. Program ini dikenali sebagai Pertandingan Mencipta Kad Raya Digital. Pertandingan ini berlangsung pada 15 April 2022 di PEDi Felda Bukit Permai.

 

  

Bengkel ini bertujuan untuk menarik idea kreatif dalam suatu penghasilan hasil kerja dalam mencipta kad raya digital. Disamping itu juga, tujuan program ini adalah untuk mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti yang berfaedah dan juga dapat mengeratkan hubungan sesama saudara. 

 

 

Bengkel ini bermula pada jam 02.00 petang dengan sesi Pendaftaran peserta dan sedikit penerangan dari Pengurus PEDi Felda Bukit Permai. Kemudian diteruskan lagi dengan sesi pengenalan tentang Software yang ingin digunakan untuk membuat Kad Raya Digital. Peserta dapat banyak belajar tentang Software yang digunakan iaitu Canva. Antara yang mereka dapat belajar ialah cara memilih saiz kertas, cara menukarkan tulisan yang sedia ada, cara memilih gambar yang ingin diletakkan di dalam kad raya dan sebagainya.

 

 

Seterusnya, setelah selesai Pengurus PEDi menerangkan cara membuat Kad Raya Digital, para peserta diberikan masa 1 jam untuk mereka Mencipta Kad Raya yang ingin diberikan kepada ahli Keluarga mereka ataupun kepada sesapa yang ingin mereka berikan. Pemenang akan dipilih berdasarkan Kad Raya Digital yang kreatif dan kemas.

 

 

Bengkel tamat pada 05.30 dengan penyampaian hadiah kepada pemenang yang terpilih. Penyampaian hadiah dilakukan di PEDi Felda Bukit Permai mengikut SOP. Semoga dengan adanya program seperti ini akan lebih mengeratkan lagi silaturahim antara petugas PEDi dan ahli-ahli serta komuniti setempat kerana mereka yang memberi sokongan kepada program-program anjuran PEDi.