Pertandingan Kuiz KDB

29 May 2022 | Berita Terkini

Tajuk Program: Pertandingan Kuiz KDB

Peserta: Pelajar Tahun 1

Tarikh: 24 Mei 2022

 

29 Mei 2022 – Satu Bengkel berkonsepkan Teknologi (IT) anjuran Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Permai telah diadakan di PEDi Bukit Permai. Program ini dikenali sebagai Pertandingan Kuiz KDB. Pertandingan ini berlangsung pada 21 Mei 2022 di PEDi Felda Bukit Permai.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang Klik Dengan Bijak. Disamping itu juga, tujuan program ini untuk menarik minat para peserta untuk mengikuti Facebook Rasmi PEDi Felda Bukit Permai.Bengkel ini bermula pada jam 02.00 petang dengan sesi Pendaftaran peserta dan sedikit penerangan dari Pengurus PEDi Felda Bukit Permai. Kemudian diteruskan lagi dengan sesi pengenalan tentang Klik dengan Bijak dengan memberi para peserta menonton video berkaitan tentang Klik Dengan Bijak. Setelah mereka selesai menonton video yang telah diberikan para peserta diberikan masa untuk untuk menjawab soalan kuiz yang telah disediakan.

Seterusnya, setelah selesai para peserta menjawab soalan kuiz, pihak penganjur akan menyemak soalan kuiz yang telah dijawab oleh para peserta. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul dan masa yang terpantas.

  

Bengkel tamat pada 05.45  dengan penyampaian hadiah kepada pemenang yang terpilih. Penyampaian hadiah dilakukan di PEDi Felda Bukit Permai mengikut SOP. Semoga dengan adanya program seperti ini akan lebih mengeratkan lagi silaturahim antara petugas PEDi dan ahli-ahli serta komuniti setempat kerana mereka yang memberi sokongan kepada program-program anjuran PEDi.