Bengkel Bersama Usahawan - DIY Bouquet Coklat

15 June 2022 | Berita Terkini

Tajuk Program: Bengkel Bersama Usahawan – DIY Bouquet Coklat

Peserta: Pelajar Tahap 2

Tarikh: 08 Jun 2022

 

 

15 Jun 2022 – Satu bengkel bersama usahawan tempatan anjuran Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Permai telah diadakan di PEDi Bukit Permai. Program ini dikenali sebagai Bengkel Bersama Usahawan – DIY Bouquet Coklat. Bengkel ini berlangsung pada 08 Jun 2022 di PEDi Felda Bukit Permai.

 

 

 

Tujuan bengkel ini diadakan untuk mencungkil bakat dan kreativiti para peserta yang berumur 10 hingga 12 tahun. Program KDB turut diselitkan supaya para peserta dapat diterapkan dengan nilai-nilai murni dan adab berkomunikasi secara atas talian melalui KDB. Disamping itu juga, tujuan program ini untuk menarik minat para peserta untuk mengikuti Facebook Rasmi PEDi Felda Bukit Permai.

 

  

 

Bengkel ini bermula pada jam 02.00 petang dengan sesi pendaftaran peserta dan sedikit penerangan dan ucapan pengenalan dari Pengurus PEDi Felda Bukit Permai dan usahawan yang terlibat. Bengkel ini kami jemput seorang usahawan Felda Bukit Permai yang Mahir dalam membuat bouquet dan cenderahati iaitu Cik Nur Aisyah binti Ashar yang juga merupakan ahli PEDi Felda Bukit Permai. Kemudian bengkel diteruskan dengan sesi pengenalan tentang Klik dengan Bijak dengan memberi para peserta menonton video berkaitan tentang Klik Dengan Bijak. Setelah mereka selesai menonton video yang telah diberikan para peserta diberikan masa untuk untuk sesi soal jawab.

 

 

 

Setelah selesai program KDB, bengkel DIY Bouquet Bermula dengan pengagihan barang-barang untuk membuat bouquet. Slot ini diambil alih sepenuhnya oleh Cik Nur Aisyah untuk mengajar para peserta cara membuat bouqet daripada setep pertama hingga selesai. Kesemua peserta berasa teruja apabila dapat menghasilkan bouquet coklat dengan usaha mereka sendiri.

 

   

 

Bengkel tamat pada 05.45 dengan penyampaian saguhati kepada tenaga pengajar dan sesi bergambar. Semoga dengan adanya program seperti ini akan lebih mengeratkan lagi silaturahim antara petugas PEDi dan ahli-ahli serta komuniti setempat kerana mereka yang memberi sokongan kepada program-program anjuran PEDi.