[2022] Kisah Kejayaan Q2 (Usahawan 1) QAYYA BEAUTY HOUSE

23 June 2022 | Berita Terkini

NAMA USAHAWAN               : SITI RUQAYYAH BINTI TULKHAH

NAMA PERNIAGAAN             : QAYYA BEAUTY HOUSE

ALAMAT PERNIAGAAN         : NO 25, JALAN BUNGA RAYA 4, LAYANG- LAYANG

PENDIDIKAN                           : SPM

FOKUS PERNIAGAAN             : MAKANAN, PAKAIAN, BARANGAN KOSMETIK

NO TELEFON                           : 018-7747895

TARIKH MULA PERNIAGAAN : 2019

 

 

Puan Siti Ruqayyah binti Tulkhah merupakan usahawan kelahiran Rumah Murah Pekan Layang-Layang. Beliau tinggal di No 25, Jalan Bunga Raya 4, Layang-Layang. Beliau merupakan seorang usahawan yang aktif dalam bidang perniagaan. Beliau adalah usahawan yang berniaga pelbagai jenis jualan contohnya, pakaian baju wanita, tudung, blouse, pakaian kanak-kanak dan dewasa dan sebagainya. Beliau juga menjual ayam gunting di kedainya dan membuat penghantaran ke rumah-rumah bagi pelanggan yang membuat permintaan untuk Cod termasuk kawasan Felda Bukit Permai, Murni Jaya dan yang berdekatan dengannya. Namun begitu, beliau juga menjual barangan kosmetik dan kesihatan di kedainya. Beliau telah memulakan perniagaan pada awal tahun 2019 dan mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk sekitar.

  

 

Beliau merupakan seorang ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang aktif lebih-lebih lagi jika PEDi Felda Bukit Permai ada membuat sebarang program IT dan bukan IT yang melibatkan komuniti. Beliau menggunakan laman sosial seperti WhatsApp, Tiktok, Instagram, Facebook untuk mempromosikan produknya. Selain itu, beliau juga sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDi Felda Bukit Permai seperti cetakan, salinan, laminasi dan sebagainya

 

    

 

Bagaimana internet dapat mencapai kejayaan beliau adalah pada awal penubuhannya, beliau telah menghadiri beberapa Kelas Usahawan yang telah dianjurkan secara atas talian berikutan pandemic Covid-19 semasa awal penubuhan perniagaan beliau. Di dalam kelas ini, beliau mempelajari cara-cara membuat bahan-bahan pemasaran perniagaan seperti flyers, bunting dan banner. Beliau juga rajin mengikuti kelas untuk belajar ilmu pemasaran melalui media sosial.

 

  

 

Pada pandangan beliau, PEDi Felda Bukit Permai ini banyak memberi kemudahan kepada penduduk dan kawasan sekitarnya. Selain itu, PEDi Felda Bukit Permai amat menarik berbanding pusat internet swasta di luar sana kerana tempat yang selesa serta harga yang jauh lebih murah membuatkan ramai tertarik untuk berkunjung ke PEDi. Diharap PEDi Felda Bukit Permai akan terus kekal supaya dapat membantu generasi akan datang.