[2022] Kisah Kejayaan Q2 (Usahawan 2) SUSU GOATGEOUS

23 June 2022 | Berita Terkini

NAMA USAHAWAN               : AINUL QISTINA BINTI AZMAN

NAMA PERNIAGAAN             : SUSU GOATGEOUS

ALAMAT PERNIAGAAN         : NO 36 RUMAH MURAH, LAYANG-LAYANG

PENDIDIKAN                           : DIPLOMA

FOKUS PERNIAGAAN             : MINUMAN KESIHATAN, MAKANAN

NO TELEFON                           : 011-35720508

TARIKH MULA PERNIAGAAN : 2020

 

 

Cik Ainul Qistina binti Azman merupakan usahawan kelahiran Rumah Murah Layang-Layang. Beliau merupakan seorang usahawan yang baru jinak-jinak dalam perniagaannya iaitu minuman Susu Goetgeous. Beliau telah mengusahakan perniagannya di rumah yang tinggal bersama-sama keluarganya. Beliau telah memulakan perniagaan pada awal Mac 2020 dan mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk sekitar dan luar daerah mahupun luar negeri. Sepanjang perniagaannya beliau pernah mendapat tempahan susu goatgeous ini 130 kotak dalam masa sehari. Beliau menjalankan perniagaan ini pada mulanya secara kecil-kecilan sahaja akan tetapi sambutan yang diterima adalah sangat luar biasa. Pada awal perniagaannya, beliau hanya berniaga secara offline sahaja dan mengembangkan perniagaanya secara online dalam platform Shopee pada tahun 2021.

 

  

 

Beliau kini merupakan seorang ahli PEDi Felda Bukit Permai yang aktif lebih-lebih lagi jika PEDi Felda Bukit Permai ada membuat sebarang program keusahawanan atau program yang melibatkan Komuniti. Beliau menggunakan laman sosial seperti WhatsApp, Tiktok, Shopee dan Facebook untuk mempromosikan produknya. Dengan mempromosikan perniagaan menggunakan media sosial ini sahaja beliau akhirnya dapat mengembangkan perniagaannya ke luar daerah Kluang ini.

 

  

 

Bagaimana internet dapat mencapai kejayaan beliau adalah pada awal penubuhannya, beliau telah menghadiri Program PUPUK @ Shopee bersama-sama usahawan PEDi Felda Bukit Permai secara atas talian. Di dalam kelas ini, beliau mempelajari cara berniaga secara atas talian melalui platform Shopee dari zero cost marketing. Di dalam kelas ini juga dapat belajar menubuhkan kedai di platform Shopee. Sehingga kini beliau masih lagi menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti perkhidmatan cetakan dan salinan di PEDi.

 

  

 

Pada pandangan beliau, PEDi Felda Bukit Permai ini banyak memberi kemudahan kepada penduduk dan kawasan sekitarnya. Selain itu, PEDi Felda Bukit Permai amat menarik kerana tempat yang selesa serta harga yang jauh lebih murah membuatkan ramai tertarik untuk berkunjung ke PEDi. Diharap PEDi Felda Bukit Permai akan terus kekal supaya dapat membantu generasi akan datang.