[2022] Kisah Kejayaan Q2 (Celik IT) NURUL DIANA BINTI MOHD BADHALI

23 June 2022 | Berita Terkini

NAMA PEDi                         : PUSAT EKONOMI DIGITAL FELDA BUKIT PERMAI

LOKASI                                : NO 119 FELDA BUKIT PERMAI

NAMA                                   : NURUL DIANA BINTI MOHD BADHALI

UMUR                                   : 18 TAHUN

JANTINA                              : PEREMPUAN

PEKERJAAN                       : PELAJAR

SEKOLAH                            : SMK TUNGKU ABDUL RAHMAN PUTRA

 

 

Nurul Diana binti Mohd Badhali merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra (STARP) Johor. Beliau menetap di kawasan Felda Bukit Permai Layang-Layang beralamat di No 119, Felda Bukit Permai 81850 Layang-Layang bersama kedua ibubapa serta adik-beradiknya yang lain. Beliau juga merupakan salah seorang ahli yang aktif di Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Permai sejak tahun 2016 lagi ketika beliau bersekolah tadika.

 

 

Beliau sering datang ke PEDi yang terletak berhampiran tidak jauh dari tempat tinggalnya bersama kawan-kawannya. Beliau telah mendaftar sebagai ahli semasa beliau bersekolah Tadika. Semasa beliau Tadika lagi, beliau telah mengikuti kelas asas komputer ajuran PEDi Felda Bukit Permai pada setiap minggu. Dari kelas tersebutlah beliau timbul minat dan suka akan teknologi maklumat (IT) serta akan kemudahan yang disediakan di PEDi Felda Bukit Permai

 

 

Beliau kini merupakan seorang ahli yang aktif lebih-lebih lagi jika PEDi Felda Bukit Permai ada membuat sebarang program IT dan bukan IT yang melibatkan ahli dan komuniti setempat. Selain itu, beliau juga kerap hadir ke PEDi untuk menggunakan kemudahan yang ada di PEDi seperti fotokopi, scan, laminasi dan sebagainya. Beliau juga sering datang ke PEDi untuk mempelajari berkaitan ICT. Kini beliau agak mahir dalam menggunakan pelbagai perisian komputer seperti Microsoft Office iaitu Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint.Bukan itu sahaja, ibubapa beliau juga amat mengalakkan beliau untuk terlibat dengan program dan aktiviti anjuran PEDi. Beliau juga sering mengajak adik dan kawan-kawannya untuk hadir dan mendaftar menjadi ahli PEDi. Menurut beliau, banyak manfaatnya menjadi ahli PEDi berbanding bukan ahli.

 

 

Akhir sekali, menurut beliau dengan wujudnya PEDi ini akan membantu ramai lagi generasi akan datang yang lebih celik IT. Beliau mengucapkan terima kasih kepada PEDi Felda Bukit Permai yang telah banyak memberi peluang kepada anak muda seperti beliau untuk mempelajari dan menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan.