Bengkel Bersama Usahawan - DIY Pencil Case

21 July 2022 | Berita Terkini

Tajuk Program: Bengkel Bersama Usahawan – DIY Pencil Case

Peserta: 10 tahun ke atas

Tarikh: 15 Julai 2022

 

 

21 Julai 2022 – Satu bengkel bersama usahawan tempatan anjuran Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Permai telah diadakan di PEDi Bukit Permai. Program ini dikenali sebagai Bengkel Bersama Usahawan – DIY Pencil Case. Bengkel ini berlangsung pada 15 Julai 2022 di PEDi Felda Bukit Permai Bermula jam 2 petang selepas solat Jumaat.

 

  

 

Tujuan bengkel ini diadakan untuk mencungkil bakat dan kreativiti para peserta yang berumur 10 tahun dan ke atas. Program KDB turut diselitkan supaya para peserta dapat mempelajari nilai-nilai murni serta adab berkomunikasi secara atas talian melalui taklimat ringkas KDB tersebut. Antara lain tujuan program ini adalah untuk menarik minat para peserta mengikuti Facebook Rasmi PEDi Felda Bukit Permai.

 

  

 

Bengkel ini bermula pada jam 2.00 petang dengan sesi pendaftaran peserta dan sedikit penerangan dan ucapan pengenalan dari Pengurus PEDi Felda Bukit Permai dan usahawan yang terlibat. Bengkel ini kami jemput seorang usahawan Felda Bukit Permai yang mahir dalam bidang jahitan iaitu Puan Lizawati binti Sahit yang juga merupakan ahli PEDi Felda Bukit Permai. Kemudian bengkel diteruskan dengan taklimat Klik dengan Bijak melalui tontonan video berkaitan Klik Dengan Bijak. Setelah mereka selesai menonton video, para peserta diberikan masa untuk sesi soal jawab.

 

  

 

Setelah selesai taklimat KDB, bengkel DIY Pencil Case bermula dengan pengagihan alatan menjahit. Slot ini diambil alih sepenuhnya oleh Puan Lizawati untuk mengajar para peserta cara membuat pencil case daripada langkah pertama iaitu cara menjahit jahitan jenis jelujur kasar dan halus sehingga terhasilnya pencil case mereka. Kesemua peserta berasa teruja apabila dapat menghasilkan pencil case dengan usaha mereka sendiri.

 

 

 

Bengkel tamat pada 5.45 petang dengan penyampaian saguhati kepada tenaga pengajar dan sesi bergambar. Semoga dengan adanya program seperti ini akan lebih mengeratkan lagi silaturahim antara petugas PEDi dan ahli-ahli serta komuniti setempat kerana mereka yang memberi sokongan kepada program-program anjuran PEDi.