Typing Master SuperMom

06 November 2016 | Berita Terkini

6 November 2016 – Satu program berkonsepkan IT anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Permai telah diadakan di PI1M Bukit Permai. Program ini dikenali sebagai SuperMom Typist.  Program bermula jam 2 petang dengan sesi pendaftaran para peserta. Peserta terdiri daripada para surirumah tidak kira yang bekerja mahupun tidak.

Tujuan program seperti ini diadakan adalah untuk mendedahkan teknologi ICT kepada para surirumah disamping menggalakkan mereka untuk terlibat dalam dunia ICT. Seteleh kesemua peserta hadir, sesi penerangan dimulakan. Program ini dikendalikan oleh para petugas PI1M Bukit Permai sendiri.

Sesi pertama, taklimat dan penerangan dijalankan. Dalam pertandingan kali ini, para peserta dikehendaki membiasakan diri dengan Micosoft Word 2013. Mereka diajar serba sedikit tentang langkah-langkah dan cara untuk membuat surat berformat. Dalam pertandingan kali ini, mereka tidak menggunakan sebarang aplikasi online seperti Rapid Typing atau Typing Master. Mereka diberi masa selama setengah jam. Jam 3.00 petang, para peserta dijamu dengan sedikit hidangan petang. Tepat jam 3:30 petang, mereka dibenarkan untuk memulakan pertandingan. Pertandingan ini adalah secara individu. Antara syarat pertandingan ialah pemenang dipilih berdasarkan siapa yang paling pantas dan tiada kesalahan format iaitu semua format seperti bullet, numbering, justifiy, alignment, insert table dan sebagainya haruslah tepat mengikut seperti lampiran yang diberikan. Dalam pertandingan ini, para peserta dikehendaki menaip satu kertas kerja dan surat kiriman rasmi.

Sesi menaip terpantas tamat jam 5.00 petang. Pengadil pertandingan ini ialah petugas PI1M sendiri iaitu Puan Amira dan Puan Atiqah. Sesi penyampaian hadiah turut dijalankan. Kesemua daripada mereka sangat supportive dan pantas.

Program tamat jam 6 petang. Semoga dengan adanya program seperti ini akan lebih mengeratkan lagi silaturahim antara petugas PI1M dan komuniti setempat kerana mereka yang memberi sokongan kepada program-program anjuran PI1M. Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan program ini. Alhamdulillah.