Usahawan 11: Nor Zafirah binti Sahit ( Pemprosesan Makanan)

18 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Usahawan                           : Nor Zafirah bte Sahit

Nama Syarikat                              : Fyra Bakery

Pendidikan                                   : SPM, SKM Pemprosesan Makanan Tahap 1,2 & 3

Fokus Perniagaan                        : Pembuatan Roti dan Kek

No Telefon                                    : 017-7800401

Tarikh Mula Perniagaan                : 2013

 

Cik Nor Zafirah binti Sahit merupakan seorang usahawan dan pengasas Fyra Bakery yang mana menghasilkan produk buatan tangan (Homemade) sepert, dessert dan pelbagai jenis roti (bun). Awal tahun 2013, beliau memulakan perniagaan sebagai pembuat roti dan kek secara kecil-kecilan sahaja tetapi setelah 3 tahun bertapak, beliau kini antara salah seorang usahawan Felda Bukit Permai yang paling digemari penghasilannya.

            Beliau merupakan pemegang sijil kemahiran dalam pemprosesan makanan tahap 1 hingga 3. Beliau pernah berkhidmat dengan MARDI Serdang bahagian Pusat Perkhidmatan Teknikal (Pusat Bertauliah NATC) dan mengajar dalam bidang pemprosesan makanan selama 3 tahun.  Oleh sebab itu, berbekalkan minat dan pengetahuan, beliau berani mencabar diri sendiri untuk berdaya saing dengan usahawan kek dan roti yang lebih senior di Felda Bukit Permai ini. Antara tempahan yang sering beliau perolehi ialah pelbagai jenis kuih muih untuk jamuan Yassin, kenduri kahwin, pelbagai jenis kek untuk Hari Lahir, Ulangtahun Perkahwinan dan kek untuk sebarang program serta pelbagai jenis biskut raya setiap kali menjelang bulan Syawal. Memandangkan banyak tempahan yang beliau dapat, beliau mengambil langkah untuk membuat pembiayaan dan pinjaman untuk meminjam ketuhar dan pengadun yang besar supaya memudahkan kerja beliau kelak. Berkat usaha dan kegigihan, kini beliau sedang dalam permohonan geran untuk pengubahsuaian untuk membuka sebuah kedai kek dan roti di simpang masuk Felda Bukit Permai bagi keselesaan pembeli untuk memilih produk beliau. Beliau kini juga terlibat dalam Program Usahawan Belia Tani di Kementerian Industri Asas Tani (NATC – National Agriculture Training Center)

            Beliau memilih cara pemasaran melalui dalam talian dan juga memberi servis penghantaran ke rumah (C.O.D). Antara lokasi yang beliau pernah hantar adalah Layang-Layang dan sekitarnya, Simpang Renggam, Kluang, Batu Pahat dan Ayer Hitam. Bagi pengguna yang ingin mendapatkan produk beliau boleh ke laman Facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/nor.zafirah.583 atau ke page The Sister’s Sweetooth.