Typing Challengers ( Part 2)

24 November 2016 | Berita Terkini

24 November 2016 – Satu program berkonsepkan IT anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Permai telah diadakan di PI1M Bukit Permai. Program ini adalah kesinambungan daripada Pertandingan Typing Challengers. Pertandingan ini dibuat khusus untuk peserta-peserta Kelas Easy Word 2013 (Part 2) yang berjalan sepanjang bulan November 2016. Antara peserta yang terlibat adalah berumur lingkungan 5 hingga 6 tahun seramai 10 orang yang terdiri daripada murid Tabika dan Pra Sekolah.

Tujuan adanya program Typing Challengers (Part 2) seperti ini adalah untuk mengetahui tahap pemahaman dan kepantasan menaip para peserta sepanjang mengikuti latihan di dalam Kelas Easy Word 2013 Part 2. Boleh dikira juga program ini adalah sebagai ujian atau peperiksaan untuk mereka.

Program bermula jam 2:00 petang dengan sesi pendaftaran peserta. Setelah kesemua para peserta tiba dan selesai membuat pendaftaran, mereka dikehendaki berkumpul di dalam bilik kuliah untuk mendengar sedikit taklimat dan penerangan berkaitan program. Ada juga sesetengah ibubapa yang hadir untuk memberikan dorongan dan sokongan kepada anak-anak mereka.

Tepat jam 3:30 petang, pertandingan pun dimulakan. Setiap peserta diberikan sekeping handout yang tertera enam baris ayat yang berwarna lain-lain setiap satunya. Para peserta dikehendaki mengikut seratus peratus kesamaan seperti di dalam handout tersebut. Jika baris pertama huruf besar dan bewarna merah, maka mereka dikehendaki berbuat yang serupa.

Pemenang dipilih berdasarkan kepantasan menaip dan ketepatan penghasilan. Jika kedua-dua ciri ini dipenuhi maka itulah pemenangnya. Pertandingan tamat lebih kurang jam 5:30 petang. Sesi penyampaian hadiah dijalankan dan disampaikan oleh Cikgu Atiqah selaku Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Permai. Setelah itu, mereka dijamu dengan sedikit jamuan ringan. Semoga dengan adanya program seperti ini akan menambahkan lagi kemahiran mereka dan merapatkan lagi Hubungan PI1M dengan komuniti setempat. Alhamdulillah.