Usahawan 12 : Azitah Binti Abas ( Perniagaan Gerai Makanan)

09 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA USAHAWAN                     : AZITAH BINTI ABAS

NAMA SYARIKAT                          : AZ’D CORNER

PENDIDIKAN                                   : SPM

FOKUS PERNIAGAAN                   : GERAI MAKANAN DAN MINUMAN

NO TELEFON                                   : 014-9131953

TARIKH MULA PERNIAGAAN    : 2010

Azitah binti Abas merupakan seorang lagi usahawan kelahiran Felda Bukit Permai. Beliau merupakan seorang surirumah berkerjaya yang berpendapatan melalui perniagaan gerai makanan. Beliau memang mempunyai minat yang cukup mendalam dan pengalaman yang begitu luas dalam bidang ini selama 6 tahun.

Pada tahun 2011, Azitah mula mendaftarkan perniagaannya ke SSM dengan nama perniagaan beliau ialah AZ’D Corner. Daripada dua ke tiga menu, Azitah menjadikannya sehingga lebih sepuluh menu. Antara menu kegemaran ialah Mee Goreng dan Nasi Goreng. Keistimewaan Warung AZ’D Corner ini ialah harga makanan dan minumannya sangat berpatutan dan berbaloi bermula dari RM2.50 sepinggan untuk makanan dan RM1.00 untuk minuman.

Adat berniaga, memang ada pahit dan manis. Antara pengalaman pahit yang selalu terjadi kepada mereka ialah apabila sudah menerima tempahan makanan tetapi pelanggan yang membuat tempahan balik tanpa memberitahu sedangkan makanan sudah dibuat. Pembaziran berlaku disitu. Pengalaman manis yang mereka simpan sehingga sekarang antaranya pernah mendapat perkhidmatan caterer untuk majlis-majlis tertentu.

Apabila ditanya tentang perancangan masa depan, kata mereka, “mahu mengembangkan lagi perniagaan, mempromosikan perniagaan kepada orang luar, dan memperbesar kedai yang ada sekarang.” Berbekalkan motto hidup mereka iaitu “Cekal, Tabah dan Redha” mereka yakin mereka mampu melaksanakan perancangan masa depan mereka kelak.