Kisah Kejayaan (Celik IT) -MUHAMMAD ADAM NORHAKIM BIN HASLIN
NAMA PI1M : PI1M FELDA BUKIT PERMAI
LOKASI : (F) BUKIT PERMAI, SEDENAK, KULAIJAYA, JOHOR
NAMA : MUHAMMAD ADAM NORHAKIM BIN HASLIN
UMUR : 15
JANTINA : LELAKI
TARAF PENDIDIKAN : PT3
PEKERJAAN : PELAJAR
Muhammad Adam Norhakim bin Haslin merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-layang, Johor. Beliau tinggal bersama ibubapa serta adik-beradiknya di dalam Felda Bukit Permai. Beliau juga merupakan salah seorang Ahli JawatanKuasa PI1M Felda Bukit Permai.
Setiap hari di waktu petang, beliau akan datang ke PI1M yang terletak berhampiran dengan rumahnya. 6 tahun lepas, beliau datang hanya untuk melihat kawan-kawannya bermain PC. Lama-kelamaan beliau sendiri tertarik untuk menggunakan internet, akhirnya mendaftar menjadi ahli PI1M.
Beliau kini merupakan seorang ahli PI1M yang aktif lebih-lebih lagi jika PI1M ada membuat sebarang program IT dan non-IT yang melibatkan komuniti. Akan tetapi, setelah beliau mendaftar menjadi ahli, beliau kerap datang ke PI1M untuk mempelajari sesuatu berkaitan ICT. Beliau sekarang agak mahir dalam menggunakan pelbagai perisian komputer seperti MS Office iaitu MS Word dan PowerPoint serta mahir menggunakan enjin carian dan emel.
Beliau juga banyak mempelajari dan menghadiri kelas-kelas ICT seperti mempelajari lebih mendalam MS Office, Basic IT, E-Learning, Advokasi seperti KDB dan program anjuran PI1M seperti program berkaitan ICT dan Non-ICT.
Boleh dikatakan beliau kerap ke PI1M lebih-lebih lagi jarak rumah dan PI1M adalah berhampiran. Menurut beliau, dengan wujudnya PI1M ini, akan lebih ramai lagi generasi akan datang yang celik IT dan maju seiring dengan Wawasan 2020.