Kisah Kejayaan (Usahawan) - RASHIDAH BINTI RASHID

09 December 2016 | Kisah Kejayaan

NAMA PI1M                         : PI1M FELDA BUKIT PERMAI

LOKASI                                : (F) BUKIT PERMAI, SEDENAK, KULAIJAYA, JOHOR

NAMA                                   : RASHIDAH BINTI RASHID

UMUR                                   : 44

JANTINA                              : PEREMPUAN

TARAF PENDIDIKAN      : SPM

PEKERJAAN                       : PENIAGA SATE

 

Rashidah binti Rashid merupakan seorang lagi usahawan kelahiran Felda Bukit Permai. Beliau merupakan seorang surirumah berkerjaya yang berpendapatan melalui perniagaan sate. Beliau memang mempunyai minat yang cukup mendalam dan berpengalaman dalam bidang penyediaan sate.

Sebelum beliau menggunakan ICT serta melibatkan diri dengan PI1M, beliau agak ragu-ragu dalam mempromosikan jualan dan produk beliau. Beliau tidak tahu bagaimana untuk memperluaskan lagi skop pelanggan yang sedia ada. Pelanggan beliau terhad hanya di dalam Felda Bukit Permai dan kenalan beliau sahaja.

Kini beliau mengaplikasikan internet sepenuhnya untuk mencapai kejayaan dengan menjadikannya sumber rujukan tambahan bagi memperkenalkan dan mempromosikan jualan sate ke atas talian. Selain itu, beliau juga turut mencari resepi tambahan untuk memantapkan lagi perasa sate. Dengan itu, beliau dapat menaiktarafkan perniagaan sate ke luar. Beliau turut memperbaiki kehidupan setelah mempelajari cara penggunaan internet ini. Beliau dapat mengembangkan perniagaan di laman sosial dan laman web perniagaan.

Tarikan utama untuk beliau kerap mengunjungi PI1M ini kerana kemudahannya yang serba lengkap dan membuat pelanggan berasa selesa serta terus menggunakan segala kemudahan yang terdapat di PI1M seperti komputer, wifi dan lain-lain. Cara PI1M dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/kumpulan lain dengan mengadakan kelas ICT untuk semua peringkat, membina laman web dan pelbagai lagi.

Beliau turut mencadangkan dan memberi pandangan untuk menambahbaik PI1M ialah dengan mengadakan kelas/kursus terutamanya untuk surirumah.