Kisah Kejayaan (Usahawan) - AZITAH BINTI ABAS

09 December 2016 | Kisah Kejayaan

NAMA PI1M                         : PI1M FELDA BUKIT PERMAI

LOKASI                                : (F) BUKIT PERMAI, SEDENAK, KULAIJAYA, JOHOR

NAMA                                   : AZITAH BINTI ABAS

UMUR                                   : 49

JANTINA                              : PEREMPUAN

TARAF PENDIDIKAN      : SPM

PEKERJAAN                       : PENIAGA GERAI MAKANAN

Azitah binti Abas merupakan seorang lagi usahawan kelahiran Felda Bukit Permai. Beliau merupakan seorang surirumah berkerjaya yang berpendapatan melalui perniagaan gerai makanan. Beliau memang mempunyai minat yang cukup mendalam dan pengalaman yang begitu luas dalam bidang ini selama 5 tahun.

Sebelum beliau menggunakan ICT serta melibatkan diri dengan PI1M, beliau agak ragu-ragu dalam mempromosikan jualan dan produk beliau. Beliau tidak tahu bagaimana untuk memperluaskan lagi skop pelanggan yang sedia ada. Pelanggan beliau terhad hanya di dalam Felda Bukit Permai dan kenalan beliau sahaja.

Akhirnya beliau berkeputusan menggunakan internet untuk membuat laman sosial seperti faceebook dan laman web perniagaan untuk mempromosikan makanan yang dijual di gerai beliau. Setelah mempelajari cara penggunaan internet, beliau juga dapat mempertingkatkan jualan di laman sosial dan laman web perniagaan. Selain itu, beliau dapat menambahkan kenalan dan mempromosikan makanan kepada mereka.

Apabila ditanya mengenai pandangan pertama beliau terhadap PI1M, beliau berkata melalui PI1M beliau dapat mempelajari cara menggunakan internet dengan betul. Antara tarikan yang ada di PI1M dan membuatkan beliau suka datang ialah PI1M mempunyai kemudahan yang sempurna seperti computer, berasa selesa apabila berada di dalam PI1M dan dapat belajar menggunakan internet.

Beliau turut memberi pandangan supaya PI1M membantu usahawan untuk membuat laman web perniagaan dengan lebih mendalam dan teratur. Antara lain cadangan beliau ialah PI1M mengadakan Hari Keluarga PI1M dan memperbanyakkan kursus kepada usahawan.