Program Edutainment KEMAS dan mRTC

23 December 2016 | Berita Terkini

Tajuk Program: Edutainment Bersama mRTC Murnijaya dan Tabika KEMAS

Peserta: Ahli Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Permai dan Komuniti Sekitar

Waktu: 9.00 pagi – 1.00 petang

Tarikh: 17 Disember 2016

23 Disember 2016 – Satu program berkonsepkan IT dan non-IT anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Permai dengan kerjasama mRTC Kg Murnijaya dan Tabika KEMAS Felda Bukit Permai serta Tabika KEMAS Kg Murnijaya telah berlangsung dengan jayanya. Program ini bertempat di mRTC Kg Murnijaya, Layang-layang. Tujuan program seperti ini diadakan adalah untuk mengembalikan mood persekolahan kepada kanak-kanak Tabika yang mana setelah lama bercuti, mereka sudah lupa alam persekolahan.

Seramai 40 orang peserta yang terlibat iaitu kanak-kanak berumur 4 hingga 5 tahun dari Tabika KEMAS Felda Bukit Permai dan Tabika KEMAS Kg Murnijaya. Mereka diwajibkan untuk memakai seragam sekolah sepanjang program ini berlangsung. Program bermula jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran para peserta dan sarapan pagi. Lebih kurang jam 9.00 pagi, kanak-kanak dikehendaki berkumpul di dalam bangunan mRTC Murnijaya untuk diberikan sedikit penerangan tentang perjalanan program ini. Mereka kelihatan begitu gembira kerana dapat bertemu dengan kawan-kawan.

Jam 9.15 pagi, aktiviti pertama dimulakan iaitu aktiviti Mari Mewarna. Setiap kanak-kanak diberikan sehelai kertas yang terlukis muka seekor kucing. Setelah siap mewarna, mereka hendaklah menggunting (dibawah pemerhatian petugas) gambar kucing tersebut dan melekatkan di atas sekeping kertas keras atau tebal untuk menghasilkan sebuah topeng. Aktiviti ini tamat jam 10.15 pagi. Program diteruskan dengan aktiviti Big Screen selama 15 minit. Cukuplah sekadar merehatkan otak dan badan mereka. Kanak-kanak dijamu dengan rancangan kartun kegemaran ramai iaitu Upin Ipin. Lebih kurang jam 10.30 pagi, kanak-kanak meneruskan aktiviti lain iaitu Prop DIY dengan bantuan YouTube. Dalam aktiviti ini, mereka belajar mengenal logo IT seperti WhatApps, FB, Yahoo, PI1M, KDB, Google dan sebagainya. Mereka juga belajar cara menggunakan gunting dan menampal dengan betul.

Jam 11.30 pagi, mereka dihidangkan dengan minuman pagi iaitu bihun goreng dan air teh kosong. Setelah selesai minum pagi, program diteruskan dengan aktiviti lain yang lebih santai dan menarik iaitu Flash Card Animal. Mereka kelihatan teruja kerana dapat melihat pelbagai binatang secara 4D serta mengenali bunyi haiwan tersebut.

Program Edutainment ini tamat tepat jam 1 petang. Semoga mereka lebih bersemangat untuk kembali ke alam persekolahan pada awal tahun 2017 nanti. In Shaa Allah.