Mengenai Pusat Internet

MAKLUMAT PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi) FELDA BUKIT PERMAI
Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) atau Community Broadband Centre (CBC) telah di tukar namanya kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan ianya merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dengan usahasama oleh pihak Celcom Axiata Berhad dan NuSuara Technologies Sdn Bhd. Pelancaran projek ini merupakan satu pendekatan yang memberi fokus utama amnya untuk komuniti dalam merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT khususnya untuk penduduk Felda Bukit Permai. Malah, pusat ini termasuk diantara salah satu daripada 12 buah pusat di dalam Felda di Johor yang terpilih untuk bersama-sama merealisasikan projek ini.
PEDi Felda Bukit Permai dilengkapi dengan 20 set komputer berinternet untuk kegunaan pengguna, ruang bilik untuk kelas dan latihan, bilik penggunaan Internet yang selesa dan dilengkapi penghawa dingin (Air-Cond), ruang rehat yang selesa dan dilengkapi dengan sebuah televisyen, kemudahan mesin mencetak, mesin laminasi, projektor dan pelbagai servis dokumentasi sampingan turut disediakan.
Antara objektif PEDi ini ialah ingin merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat & komuniti setempat serta membantu, mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mempelajari teknologi maklumat dan asas penggunaan komputer dan aplikasi.
Perkhidmatan lain yang disediakan di PEDi ialah:
1. Kelas Latihan Asas Komputer (diberikan PERCUMA kepada ahli dan terbuka untuk semua peringkat usia)
2. Perkhidmatan penggunaan komputer dan capaian internet
3. Printing, photostat, scanning & laminating
4. Upah menaip
5. Burn CD/DVD
6. Format Laptop
7. Kemudahan Wifi secara Percuma
MAKLUMAT PEDi DAN KOMUNITI FELDA BUKIT PERMAI
Lokasi |
Felda Bukit Permai |
UST Area |
Layang-layang |
Daerah |
Kulai |
Negeri |
Johor Darul Takzim |
Populasi |
1,050 penduduk |
Aktiviti
Ekonomi Utama |
Perusahaan Kebun Kelapa Sawit,
Pertanian ubi, Perniagaan, Perikanan dan Penternakan |
Jumlah
Keahlian (setakat 30 November 2021) |
1410 ahli |
Lat/Long PIK |
N1.769479, E103.517855 |
Teknologi |
Hub & Spoke – Microwave |
Permberi
Perkhidmatan |
Celcom Axiata Berhad |
Tarikh
Bermula Beroperasi |
22 April 2010 |
Maklumat Pengurusan PIK |
Pengurus Name: Email: sitinuratiqah@celcom1cbc.com No Telefon: Penolong Pengurus Nama: Farahwahidah binti Mazlan Email: farawhiddah@gmail.com No Telefon: 014-3815272 |
Website |
http://www.celcom1cbc.com/bukit-permai |
|