Ekonomi dan Keusahawanan

PERTANIAN DAN PERLADANGAN
Tanah yang luas dan subur di
kawasan Felda Bukit Permai dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk kampung.
Kelapa sawit merupakan tanaman utama di sini. Usaha penduduk dalam aktiviti
pertanian dibantu oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
(RISDA) dengan memberi bantuan dari segi barangan pertanian dan FELDA untuk
memberi khidmat nasihat. Bantuan seperti ini memberi dorongan kepada golongan
petani untuk membesarkan lagi perusahaan mereka. Walaupun pertanian yang
diusahakan penduduk tidak luas namun hasilnya boleh dijadikan sumber pendapatan
sampingan. Bagi penduduk yang menanam sayur-sayuran mereka mempunyai pembeli
tetap yang ingin mendapatkan bekalan ubi kayu dan pisang.
PERIKANAN DAN PENTERNAKAN
Aktiviti penternakan yang
dijalankan di Felda Bukit Permai dijalankan secara kecil-kecilan. Namun ia juga
boleh menyumbang kepada sumber ekonomi sesebuah keluarga yang mengusahakannya.
Antara ter- nakan yang diusahakan oleh segelintir penduduk ialah ternakan ayam,
burung puyuh, ikan keli, haruan, lembu dan kambing. Walaupun tidak
diusahakan secara komersial, namun dengan adanya ternakan seperti
ini, penduduk tidak mempunyai masalah untuk mendapat- kan bekalan daging ayam,
burung puyuh, ikan keli dan lain-lain yang segar dan dijamin halal untuk
kegunaan sendiri tanpa ragu-ragu. Ayam-ayam yang diternak kebanyakannya dilepas
dan dibiarkan meragut rumput di kawasan-kawasan sekitar kampung.
Walaubagaimanapun, ada juga yang meletakkannya di dalam reban dan di beri makan
sendiri oleh penternaknya. Selain itu, mereka juga turut dibantu oleh Jabatan
Perikanan untuk mendapatkan benih dan PELADANG untuk mendapatkan bantuan
alatan. Oleh itu, ia dapat memudahkan penduduk disini untuk menjalankan
perikanan dan penternakan mereka dengan adanya bantuan-bantuan ini.
KEUSAHAWANAN
PROFIL USAHAWAN SETEMPAT
1-
Nama Usahawan : Abdul Razak Bin
Hashim
Nama Syarikat : Nadifa
Resources
Pendidikan : SPM
Nombor SSM : JM 002028904-K
Fokus Perniagaan : Pembekal
Kambing
No Telefon : 016-2948996
Tarikh Mula Perniagaan :
2013
Encik Abdul Razak Hashim merupakan seorang usahawan
ternakan kambing dan satu-satunya yang aktif di Felda Bukit Permai. Beliau
mempunyai kandang kambing sendiri berdekatan dengan rumah. Kebanyakan kambing
yang diternak adalah untuk pasaran kawasan sekitar. Ini termasuklah mereka yang
ingin membeli kambing bagi tujuan membuat kenduri kahwin, majlis keramaian
ataupun Aqiqah. Setakat ini, terdapat 2 hingga 3 jenis kambing import yang
dimiliki oleh Encik Razak. Beliau juga memasarkan perniagaan melalui Facebook
dan grup whatsapp komuniti setempat sebagai medium mempromosi
perniagaan beliau. Pada setiap empat bulan, kambing-kambing
ternakan juga perlu diperiksa dan diberikan ubat cacing. Malah, dari semasa ke
semasa, kambing-kambing juga perlu diberi makan vitamin dan dicucuk ubat tahan
penyakit. Menyentuh mengenai pemakanan kambing, Encik Razak menyatakan bahawa
bagi memastikan kesihatan optimum kambing, pemakanan seimbang adalah perlu
diamalkan iaitu diselang-selikan dengan makanan pelet dengan rumput, daun
goncak, daun nangka, petai belalang, daun kelapa, daun sawit dan lain-lain.
2-
Nama Usahawan : Nor Aminah binti
Idris@Daud
Nama Syarikat : D Min Maju
Eterprise
Pendidikan : SPM
Fokus Perniagaan : Jahitan Pakaian
Dualsex
No Telefon : 012-7050761
Tarikh Mula Perniagaan : 2010
Nor Aminah binti Idris @ Daud berumur 36 tahun. Beliau
merupakan seorang usahawan tempatan yang berasal dari Felda Bukit Permai,
Layang-layang, Johor. Pada pertengahan tahun 2010, Aminah telah memulakan
perniagaan yang diminatinya yang diberi nama D Min Maju Enterprise. Fokus
perniagaan beliau adalah dalam bidang jahitan terutamanya menjahit pakaian
dualsex. Pada tahun pertama memulakan perniagaan, beliau telah dipilih
untuk menjadi inkubator GiatMARA dan ditugaskan untuk membekal peralatan
jahitan kepada 25 orang peserta GiatMARA. Tidak lama selepas itu, rezeki beliau
bertambah dan akhirnya dapat membuka bengkel perniagaan sendiri yang terletak
di Felda Bukit Permai ini. Bengkel ini pada mulanya adalah secara perkongsian
bersama rakan baik. Akan tetapi, beliau telah ditipu oleh rakan perkongsian dan
akhirnya beliau menukar perniagaan ini kepada milik persendirian. Beliau terus
maju dalam bidang jahitan tanpa menoleh kebelakang dan mencipta banyak kenangan
manis antaranya beliau dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di kolej
busana selepas aktif di GiatMARA. Beliau juga turut mempromosikan bengkel
jahitan beliau di laman facebook iaitu Gunting Emas. Kejayaan beliau sekarang
adalah didorong oleh motto hidup beliau iaitu “Ingin terus Berjaya bersama
kerjaya yang diceburi.â€