Maklumat Tempatan

MAKLUMAT KOMUNITI FELDA BUKIT PERMAI
 
FELDA Bukit Permai ini terletak di daerah Kulai,  lebih  kurang  90  KM  ke  utara  bandar Kluang dan termasuk dalam parlimen Senai dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai. FELDA ini merupakan kawasan tanah tinggi dan terdapat juga beberapa kawasan berpaya. Keadaan tanah yang subur menggalakkan penduduk menjalankan   aktiviti   pertanian   seperti   tanaman   kelapa sawit. Ketika pembukaan FELDA Bukit Permai pada tahun 1961, tanaman asal yang ditanam di rancangan ini ialah getah. Hal ini kerana pada masa tersebut selain RISDA, FELDA turut memainkan peranan yang penting dalam memajukan industri penanaman getah. Hal ini menyebabkan getah telah dipilih menjadi tanaman asal di FELDA Bukit Permai. Rancangan ini dimajukan pada tahun 1961 dan mengandungi satu peringkat pada awalnya dengan kawasan tanaman getah seluas 862.32 hektar. Manakala 127.05 hektar dimajukan sebagai kawasan perkampungan. Selain menjalankan aktiviti pertanian, para peneroka generasi pertama FELDA Bukit Permai turut menjalankan kegiatan ekonomi seperti bekerja sebagai buruh kontrak    di ladang berdekatan. Secara tidak langsung selaras dengan dasar FELDA untuk mengagihkan faedah rancangan pembangunannya kepada penduduk desa dan dapat membantu mengurangkan hutang mereka dengan FELDA.


BANDAR BERDEKATAN

Bandar yang paling hampir dengan Felda Bukit Permai adalah bandar Layang-Layang iaitu lebih kurang 10 km jaraknya. Kebanyakkan penduduk atau pelawat akan ke bandar Layang-Layang untuk urusan-urusan utama atau membeli barang-barang, mengisi petrol dan sebagainya. Bandar Layang-Layang terdapat kemudahan lain iaitu Pejabat Pos, Pendaftaran Lesen Memandu, Bank dan lain-lain. Bandar Layang-Layang juga terdapat ber- macam-macam jenis kedai antaranya MyMart, Kedai Cenderamata, Kedai Runcit, Kedai Makan dan lain-lain.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.