Pelancongan & Rekreasi

TEMPAT- TEMPAT MENARIK

1. SYARIFF FOOD SUPPLIER (Perusahaan Kerepek Ubi)
Nama Pemilik: Sariff bin Sarpan
No.Telefon: 017-7383363 / 07-7511263
Alamat Penuh: No. 263A, Felda Bukit Permai, 81850, layang-layang, Johor
Website: www.facebook.com/Syariff-Food-Supplier

Syariff Foods Supplier (SFS) ditubuhkan pada tahun 1997 dan berkembang sehingga kini. Pada mulanya, hala tuju perniagaan ini ialah secara pukal. Akan tetapi, jumlah permintaan daripada pelanggan semakin bertambah dan sehinggalah dari ini, SFS telah mengeluarkan lebih 10 jenis produk sendiri. Tahun 2000, SFS telah membuka cawangan di Pekan Bukit Batu sebagai langkah membawa produk lebih dekat kepada pelanggan. Berikutan dengan itu, pelanggan tetap SFS kebanyakkannya berada di selatan tanah air. Di cawangan tersebut, SFS telah menjual dan mempromosikan produk keluaran mereka sendiri dan secara tidak langsung dapat menambahkan lagi permintaan dan meluaskan pasaran.


2. KEDAI MAKAN ZAFIKA (Perusahaan Kedai Makan)
Nama Pemilik: Nur Zafika binti Zakaria
No.Telefon: 017-7903698
Alamat penuh: Dataran Niaga D’Mart Felda Bukit Permai, 81850, Layang-layang, Johor

Perusahaan Kedai Makan Zafika ini ditubuhkan sejak 2011. Antara menu utama ialah Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. Selain itu, menu lain ialah mee sup, nasi goreng, kentang goreng dan lain-lain lagi. Perusahaan kedai makan ini dibuka setiap hari kecuali hari Khamis dan dibuka bermula pukul 4.00 petang sehingga 11.00 malam. 


3. WARUNG WAK BASAR (Perusahaan Kedai Makan)
Nama Pemilik: Zulydah binti Ibrahim
No. Telefon: 013-7428891 / 07-7511126
Alamat Penuh: No. 26, Kg. Gajah 1, Felda Bukit Permai, 81850, Layang-layang, Johor
Website: www.facebook.com/faiznur.hamdan

Warung Basar amat dikenali di kalangan penduduk Felda Bukit Permai. Perniagaan ini dikendalikan oleh ahli keluarga Puan Zulydah sendiri. Warung ini dibuka setiap hari bermula pukul 4.00 petang hingga 11.00 malam. Antara menu istimewa yang digemari ialah mee bandung basar. Terdapat juga menu lain antaranya mee goreng basar, nasi goreng dan minuman. Harga makanan disini sangat berpatutan dan murah.


4. SYIDAH SATAY ( Perniagaan Satay)
Nama Pemilik: Rashidah binti Rashid
No.Telefon: 0213-7115126
Alamat Penuh: No. 114, Kg Tengah 2, Felda Bukit Permai, 81850, Layang-layang, Johor

Perniagaan satay ini dikendalikan oleh seorang surirumah dan sekarang bergelar usahawan. Beliau mula berniaga sekitar tahun 2013 secara kecil-kecilan dan hanya mengambil tempahan melalui telefon dan dari rumah. Perniagaan satay kemudian berkembang sehingga beliau mempunyai tapak sewa untuk membakar dan menjual satay yang terletak di sebelah Restoran Serambi di Pekan Layang-layang. Perniagaan ini dibuka setiap hari bermula pukul 6.30 petang sehingga 11.00 malam. Antara satay yang dijual ialah satay ayam, daging lembu dan kambing. Harga secucuk satay adalah berpatutan dan lebih murah jika dibandingkan dikawasan sekitar. Tempahan boleh dibuat melalui talian telefon diatas.


5. HILMI USAHA (Usawan WiFi - Cahaya WiFi)
Nama Pemilik: Amar Hilmi bin Buniran
No.Telefon: 13-7141480 / 07-7511039
Alamat Penuh: No.29, Felda Bukit Permai, 81850, Layang-layang, Johor
Website: www.facebook.com/cahayawifi

Pada awal tahun 2015, Amar telah mulakan langkah pertama beliau mendalami ilmu wi-fi. PI1M Felda Bukit Permai antaranya yang banyak membantu menyalurkan maklumat dan menjadi pesaing gigih beliau dalam membangunkan perniagaan ini. Walaupun tahu di Felda Bukit Permai telah mempunyai 5 cawangan tiang wi-fi kampung tanpa wayar, sifat ingin membantu penduduk kampung mendapatkan capaian wi-fi tambahan sangat kuat. Dengan itu, beliau telah mula mencari jalan membuka perniagaan ini di Felda Bukit Permai. Dengan modal permulaan lebih RM4K, tiang wi-fi pertama beliau mirip KTW (Kampung Tanpa Wayar) telah dibangunkan pada Julai 2014. Bezanya ia mempunyai kadar caj berkuota atau tanpa had dan juga kelajuan lebih tinggi sehingga 8.0mbps untuk 1 capaian. Untuk melanggan, pelanggan sekeliling hanya perlu membeli kupon pra-bayar daripada Amar dengan caj serendah RM1.50 sehari. Setelah tempoh pemasangan tiang Wi-fi bertambah, caj itu berubah mengikut kehendak dan peredaran masa.


6. NAZARI METAL WELDING (Perusahaan Pertukangan Besi)
Nama Pemilik: Nazari Shah bin Mohd. Shah
No.Telefon: 012-7632329
Alamat Penuh: No.25, Kg. Gajah 1, Felda Bukit Permai, 81850, Layang-layang, Johor
Website: www.facebook.com/Nazari-Metal-Welding

Nazari Metal Welding ditubuhkan sekitar tahun 2013 dan diusahakan oleh seorang graduan IKM, Jasin. Beliau menggunakan ilmu pengetahuan dan sedikit kepakaran semasa belajar untuk memulakan perniagaan ini. Akhirnya perniagaan ini telah berkembang sehingga sekarang. Pelbagai produk yang telah dikeluarkan oleh perusahaan ini. Antaranya yang paling kerap ditempah ialah pintu pagar rumah, grill tingkap dan pintu, buaian, awning dan lain-lain lagi. Harga produk mengikut bajet pembeli dan kos bahan mentah. Sehingga kini perusahaan ini masih sibuk dengan pelbagai tempahan tidak kira dari Felda ini mahupun dari luar.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.