Pendidikan

PENDIDIKAN

Sekolah rendah: Felda  Bukit  Permai  menyediakan  sebuah sekolah  rendah  untuk  kemudahan  pendidikan  anak- anak dan cucu-cucu felda yang tinggal di sini. Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Bukit Permai dianggarkan mempunyai jumlah murid seramai 127 orang yang menempatkan semua anak dan cucu penduduk felda ini.   Sesi persekolahannya 7.15 pagi hingga 1.15 petang. Terkini sekolah ini telah menerima anugerah daripada MOA (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) iaitu “Sekolah Anak Angkat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia” selain menjadi Anak Angkat kepada PLUS.

Sekolah agama: Selain daripada Sekolah Rendah, terdapat juga Sekolah Agama iaitu Sekolah Agama Felda Bukit Permai. Sekolah ini menempatkan anak- anak dan cucu-cucu penduduk Felda Bukit Permai. Sekolah Agama terletak di sebelah Bilik JKKK dan berhadapan dengan Tabika KEMAS. Sekolah agama ini mengajar dari Tahun 1 hingga Darjah 6. Terdapat 4 orang guru yang mengajar di sekolah agama itu. Sesi persekolahan dari   jam 2.00 petang – 6.30 petang. Ini kerana mereka dibahagikan dengan beberapa bahagian kelas. Selain itu, mereka pergi ke sekolah dengan menaiki motorsikal sendiri atau ibubapa mereka yang hantar dan menunggang basikal atau berjalan kaki bersama-sama kawan.

Tabika Kemas: Felda Bukit Permai juga ada menyediakan sekolah Tabika Kemas untuk anak-anak berumur 4 hingga 5 tahun. Tabika ini mempunyai dua orang guru berpendidikan SPAK dan seorang pembantu tabika. Sesi persekolahan bermula seawall 7:30 pagi dan tamat pada jam 11:30 pagi setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.