Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke Pusat Internet Lain
Terletak 14 Km dari Pekan Layang-Layang, Pusat Internet Felda Bukit Permai (PI1M FBP) adalah satu-satunya pusat pembelajaran IT percuma kepada komuniti. PI FBP menyediakan perkhidmatan internet dengan percuma kepada pelajar yang berumur 20 tahun ke bawah, golongan OKU dan juga warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Kadar caj serendah RM1.00 seperti biasa kepada 21 tahun ke atas dan merupakan ahli kepada PI dan RM2.00 kepada bukan ahli. Selain itu, PI FBP juga mempunyai perkhidmatan cetak, imbas dan salin dokumen, mempunyai bilik latihan IT yang kondusif. Seramai lebih 2000 pelatih telah dilatih semenjak ia dibuka pada April 2010. Pelbagai program dan latihan juga disediakan mengikut taraf pendidikan dan peringkat umur. Dengan mepunyai keahlian seramai lebih 1200 orang sehingga kini, PI FBP menjalankan latihan ICT lebih kurang 48jam dan 2 hingga 3 program komuniti setiap bulan. Jumlah itu meningkat terutamanya pada musim cuti sekolah.

Perkhidmatan PI FBP bukan sekadar sebagai medan info komuniti di sini, malah ia merupakan sebagai pemangkin saluran info kepada penduduk sekitarnya. Berita terkini, maklumat penting untuk orang ramai juga disalurkan menggunakan medium media sosial dan 'Instant Messenger' (IM) untuk memastikan program dan latihan ICT yang kami sediakan sampai ke pengetahuan orang ramai. PI FBP mempunyai 20 unit komputer yang dilengkapi talian internet bagi memudahkan pengguna dan pelajar. Selain itu PI FBP juga menggalakkan pengguna aktif dengan program 'Non-IT' (Bukan IT) contohnya dalam meningkatkan gaya dan mutu hidup dalam kesukanan, penjagaan kesihatan dan juga kebudayaan.
Hadapi Masalah? Rujuk Panduan