Berita Terkini

Celik IT Q12018 : Rosliza Mustaffa

04 April 2018 | Kisah Kejayaan

Kewujudan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di FELDA Bukit Rokan di sini nyata melegakan penduduk setempat yang tidak perlu menempuh perjalanan sehingga hampir 30 kilometer (km) untuk ke bandar jika mahu menggunakan kemudahan Internet. PI1M di kampung berkenaan yang menyediakan kemudahan Internet percuma mula dibuka kepada penduduk setempat yang kebanyakannya menggunakan kemudahan terbabit untuk melakukan urusan perbankan secara dalam talian, pembayaran bil dan pencarian maklumat. Bagi Rosliza Mustafa seorang suri rumah yang juga seorang peniaga  online, kemudahan itu amat perlu pada zaman sekarang berikutan banyak urusan seperti membayar bil, membuat pembayaran kepada pembekal... read more

Profil Usahawan 2 / Q12018 : Suriaty Bt Abu Zainal Abidin

04 April 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Suriaty Bt Abu Zainal Abidin Alamat: No. 2, Gerai  Felda Bukit Rokan. Perniagaan : Makanan, Pakaian dan Alat solek Facebook : https://www.facebook.com/suriati.zainalabidin   Bermula dengan menjual kuih di warung tepi jalan, Suriaty Binti Abu Zainal Abidin 36, kini bergelar usahawan apabila kedai makanan, pakaian dan alat solek diusahakannya bersama rakan-rakan dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berjaya dibuka. Suriaty ketika ditemui berkata, dia dan rakan-rakannya berjaya juga membuka perniagaan menjual pelbagai barangan termasuk makanan ringan, pakaian, dan alat solek, selepas menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran. Dengan modal yang agak kecil, mereka menanam tekad untuk memulakan perniagaan. Untuk... read more

Profil Usahawan Q12018 : Widayat Bin Wahad

31 March 2018 | Berita Terkini

Nama Perniagaan: Widayat maju 3 enterprise Nama Usahawan: Widayat Wahad No:K.P.: 840808055357 Alamat: No.7, Tapak Perniagaan Koperasi Felda Bukit Rokan Jenis perniagaan : Bengkel besi & car wash Produk: Pagar, grill, awning,  Hp: 019-6884489 Wssp: 0111-3360360 Fb: https://www.facebook.com/widayat.wahad BERLATARBELAKANGKAN pendidikan vokasional dalam bidang kimpalan dan fabrikasi logam, Widayat Wahad, 34, memberanikan diri untuk membuka sebuah bengkel kecil di Felda Bukit Rokan. Dia bertatih dari bawah, jatuh dan bangun menjadi makanannya. Dengan hanya bermodalkan wang simpanannya, Widayat mula membuat kerja-kerja mengimpal besi. Tempahan datang agak memberangsangkan. Pada awalnya, keadaan masih di tahap cukup-cukup makan. Kini, dia lebih memfokuskan untuk mengembangkan perniagaan kimpalan... read more

KDB@Mesyuarat Agung PIBG SKBR

31 March 2018 | Berita Terkini

Program: KDB di Mesyuarat Agung PIBG SKBR Tarikh: 8 Mac 2018 Tempat: Sek Keb FELDA Bukit Rokan Sebenarnya isu tentang kesahihan berita dan maklumat melalui media sosial, bukan sahaja dihadapi negara kita malah ia turut dihadapi di Eropah, AS dan banyak negara di dunia ini. Oleh itu, sesetengah negara melaksanakan undang-undang siber agak ketat dan keras hukumannya berkaitan penyebaran berita bohong (hoax), berita palsu dan penyebaran kebencian (hate speech) melalui aplikasi media sosial. Di dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan yang diadakan 8 Mac lalu, Pi1m telah diberi peluang untuk berkongsi info... read more

KDB@Tabika Kemas

31 March 2018 | Berita Terkini

KDB@Tabika Kemas Program: KDB di Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Tabika Kemas FELDA Bukit Rokan Tarikh: 28 Februari 2018 Tempat: Tabika Kemas (F) Bukit Rokan Kewibawaan penulisan berita atau penyebaran maklumat di media sosial sering diragui kesahihannya. Cabaran ini makin terasa apabila berita atau maklumat palsu itu ditulis secara kemas dan menarik serta mengandungi unsur-unsur logik yang disebarkan secara aktif melalui portal berita atau Facebook sehingga ia dinilai begitu berwibawa dan meyakinkan. Ia dikongsi dan diviralkan secara meluas. Sehubungan itu, pada 28 Februari 2018 yang lalu Pusat Internet 1 Malaysia FELDA Bukit yang telah diundang untuk menyampaikan... read more

Projek Kitar Semula - Penghasilan Rak Dari Kotak Terbuang

31 March 2018 | Berita Terkini

Program: Aktiviti Kitar Semula – Rak Buku dari kotak terbuang Tarikh: 09 Februari 2018 Tempat: Pusat Internet1 Malaysia FELDA Bukit Rokan Menyusun atur buku pada rak mungkin biasa. Sekiranya anda ingin mencari sesuatu yang luar biasa ataupun unik bolehlah hasilkan sendiri. Jangan risau buatnya tidak lah susah mana. Cuma anda perlu dapatkan bahan-bahan dari kotak terbuang. Terdapat cara yang kreatif untuk mengitar semula kotak-kotak yang tidak digunakan menjadi sesuatu untuk digunakan. Untuk kali ini, aktiviti kitar semula lebih fokus kepada penghasilan rak buku dari kotak-kotak buangan. Sebenarnya, aktiviti ini dijalankan bagi mengindahkan kelas tahun... read more

Gotong-royong Perdana Dan Projek Tanam Nanas

31 March 2018 | Berita Terkini

Program : Gotong-royong Perdana dan penanaman nanas. Tarikh: 26 Januari 2018 Tempat: Pusat Internet 1 Malaysia FELDA Bukit Rokan Sempena sambutan Hari Keputeraan DYMM NSDK Pi1m akan mengadakan gotong-royong perdana yang akan membersihkan persekitaran Pi1m dan melaksanakan projek tanaman nanas. Program ini adalah anjuran bersama JKKK, Masjid, Rela, Pi1m dan SM Bukit Rokan. Objektif program ini untuk mengukuhkan jalinan antara Pi1m, agensi dan komuniti. Sebelum acara gotong royong dimulakan, Ketua Rela FELDA Bukit Rokan, En. Khozae Bin Aziz memberikan taklimat ringkas kepada para hadirin berkenaan pembahagian tugas serta kawasan yang terlibat dalam aktiviti gotong... read more

Hari Terbuka Pi1m FELDA Bukit Rokan

15 March 2018 | Berita Terkini

Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Rokan 2017 Tarikh: 27 Disember 2017 Hari : Rabu Masa: 09.00 pagi – 5.00 petang   Setiap tahun Pusat Internet 1 Malaysia akan mengadakan Hari Terbuka untuk mengeratkan hubungan Pi1M dengan komuniti disekitarnya selain meraikan pengunjung dan ahli PI1M dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Pada tahun ini, Hari Terbuka Pi1m FELDA Bukit Rokan yang bertemakan “Kembali ke Sekolah” dianjurkan secara bersama dengan Program Gunting Rambut Percuma Parlimen Tampin yang diadakan pada 27 Disember 2017. Program dimulakan seawal 9.00 pagi dengan acara pertandingan Reka cipta, info hunter, speed type challenge... read more

CELIK IT Q1 2017 : AHMAD KHOZAE BIN ABD AZIZ

13 December 2017 | Berita Terkini

Biarpun usia beliau sudah mencecah 60 tahun, Ahmad Khozae Bin Abd Aziz tidak menganggap usia sebagai halangan baginya untuk mempelajari IT. Tambahan pula, pesara tentera ini menerima jawatan ketua perhubungan RELA di FELDA Bukit Rokan dengan hati yang terbuka. Atas tanggungjawab ini beliau ingin menguasai kemahiran digital untuk memudahkan beliau untuk membuat laporan tugasan. "Pendidikan tidak berakhir apabila anda mencapai usia 40 atau 50 tahun, proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat. Ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi inilah semangat yang saya ada," kata Ahmad Khozae. Sehingga hari ini beliau telah mengikuti beberapa siri... read more

CELIK IT Q2 2017 : Amiera Maisara Binti Shahabudin

13 December 2017 | Berita Terkini

Amiera Maisara Binti Shahabudin yang kini telah berusia 13 tahun berminat dalam bidang ICT sejak kecil. Adik Maisara telah mengikuti pembelajaran berterusan dengan mengikuti kelas ICT di pusat internet ini sejak berumur 5 tahun melalui kelas Tabika Kemas Bukit Rokan. Sehingga kini, beliau mampu menggunakan perisian MS word untuk membuat tugasan sekolah, malahan boleh  menghasilkan bahan kreativiti seperti poster dan flyers,  menggunakan search engine untuk mencari bahan pembelajaran, menggunakan zoom-a untuk pembelajaran e-learning, malah berminat dalam bidang kreativiti seperti membuat video dan mengambil gambar menggunakan smart phone.  Amiera Maisara mempunyai empat orang... read more