Sayangi Diri Kamu Hargai Rakan-rakan

17 February 2016 | Berita Terkini

Pi1M Felda Bukit Rokan dengan kerjasama Pi1M Felda Sungai Kelamah telah mengadakan 1 program ICT di SK Dr Sulaiman, Tampin pada 17 Februari 2016. Program ICT "Sayangi Rakan, Kenali Diri" ini merupakan program pertama  Pi1M Felda Bukit Rokan di SK Dr Sulaiman. 

 


Program bermula pada jam 2.00 petang, program ini diwakili oleh 2 orang petugas Pi1M iaitu, En Nor Muhammad Hadi bin Abd Halid dari Pi1M Bukit Rokan manakala Cik Siti Nur Izzattie bt Noor Haslin dari Pi1M Sungai Kelamah. Seramai 121 orang peserta hadir mewakili pelajar tahun 4 , 5 dan 6 . 

 


Antara pengisian yang disediakan sepanjang program ini adalah taklimat penggunaan internet secara bijak dan cara-cara atau tips penggunaan internet. Para peserta juga turut didedahkan dengan inout-input berkaitan buli siber yang semakin berleluasa di alam maya. Mereka diberi taklimat ringkas tentang bagaimana untuk mengelak dan bertindak jika dibuli di alam siber mahupun di alam realiti. 

Selain itu, mereka juga didedahkan dengan ancaman scam di internet. "Gores & Menang" , mesej berantai, dan segala jenis penipuan-penipuan internet yang lain turut didedahkan kepada para peserta supaya mereka dapat mencegah dan menyebarkan perkara ini kepada penjaga mereka kerana kebiasaannya penipuan di internet ini melibatkan orang dewasa. 

Selain itu juga, para peserta turut teruja untuk menjawab soalan bagi kuiz selingan dan juga aktiviti berkumpulan. Soalan-soalan yang disediakan pula merangkumi keseluruhan taklimat sepanjang program dan merupakan aktiviti "recall" semula supaya para peserta ingat dan faham serta dapat mengamalkannya.

 

 


Program yang berakhir pada jam 5.00 petang itu diakhiri dengan penyampaian hadiah dan hamper kepada para pemenang .Tuan Guru Besar, En Mohd Hanafi juga turut menyampaikan sedikit cenderamata kepada kami sebelum majlis tamat. 

 


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan acara berjalan dengan lancar dan teratur. Semoga program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.