Kelas Asas Fotografi dan Photoshop

21 February 2016 | Berita Terkini

Pada 21 Februari 2016 yang lalu, Pi1M Felda Bukit Rokan telah mengadakan 1 program ICT iaitu Kelas Asas Fotografi dan Photoshop untuk ahli-ahli Pi1M Felda Bukit Rokan. Para peserta yang hadir terdiri daripada ahli- ahli  yang merupakan pelajar sekolah menengah disini.


Program bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 1.00 petang  dengan seliaan 2 orang petugas Pi1M iaitu Encik  Nor Muhammad Hadi bin Abd Halid dari Pi1M Bukit Rokan dan turut dibantu oleh Cik Siti Nur Izzattie binti Noor Haslin daripada Pi1M Sungai Kelamah yang didatangkan khas bagi memberi ceramah mengenai Fotografi. Seramai 8 orang peserta hadir yang terdiri daripada ahli Pi1M Bukit Rokan di sekolah menengah.


Antara pengisian yang disediakan sepanjang program ini adalah peserta diterangkan mengenai kamera dan jenis-jenisnya serta  penggunaan software Adobobe Photoshop. Peserta telah di ajar menggunakan software Photoshop tersebut untuk mengedit gambar mereka sendiri dan menampalkannya di  gambar yang lain. Para peserta juga diajar asasuntuk menggunakan kamera dslr Canon .

Para peserta juga di terangkan mengenai  peluang kerjaya sebagai juru kamera yang juga mendatangkan pendapatan yang tinggi walaupun hanya menetap di kawasan kampung. Terdapat berbagai jenis jurugambar yang ada seperti Jurugambar Perkahwinan, Jurugambar Berita, dan berbagai-bagai lagi yang setiap darinya berlainan dari segi gambar dan kerja ya.

Selain itu juga, para peserta turut diterangkan dengan Klik Dengan Bijak mengenai tatacara penggunaan internet dan juga cara penggunaan media social yang betul. Ini agar tiada gambar peribadi atau maklumat peribadi kita tersebar di internet. Ia juga bagi mendidik para pelajar etika dan tatacara yang betul ketika melayari dan menggunakan internet yang serba luas.

 


 

 

Sebelum berakhirnya program, peserta di pecahkan kepada 2 kumpulan dan pertandingan menggunakan perisian Adobe Photoshop diadakan dikalangan peserta. Semua peserta teruja dan menunjukkan minat yang tinggi ketika menggunakan perisian tersebut. Majlis berakhir pada pukul 1.00 petang dan kesemua peserta gembira kerana membawa pulang hadiah. Para peserta berharap bahawa Program seperti ini dapat dilakukan dengan lebih kerap di masa akan datang.