Tunas Usahawan – Memaksimumkan Penggunaan Teknologi Digital

30 March 2016 |

 

Jangan fikir teknologi digital hanya untuk mereka yang tinggal di bandar. Walaupun sekadar menjalankan perniagaan pisang goreng di kampung atau menghasilkan produk sendiri di rumah, teknologi menyediakan peluang yang lebih luas untuk menjana pendapatan. Lebih menarik lagi apabila ia bukan sahaja untuk pasaran dalam negara, jika kena caranya ia boleh diperluaskan ke peringkat antarabangsa.

Bagi merealisasikan impian ini, Pusat Internet 1 Malaysia FELDA Bukit Rokan telah mengadakan program tunas usahawan di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rokan pada 30 Mac 2016 yang lalu.  Seramai 21 orang pelajar telah terlibat dalam program ini.

Pelajar didedahkan tentang memaksimumkan manfaat penggunaan teknologi digital. Internet bukan hanya untuk melayari keseronokan bermain game atau berhubung di media sosial bahkan boleh menjana pendapatan ketika melayarinya. Media sosial seperti facebook, whatsaap, instagram merupakan medium pemasaran yang sangat berkesan di masa kini. Melalui internet perniagaan boleh dijalankan 24 jam tanpa henti, kos yang lebih murah dan efektif dan mampu mencapai khalayak atau pelanggan yang jauh lebih ramai berbanding perniagaan secara konversional.

Pelajar juga diberi tips bagaimana untuk mendapatkan ‘followers’ sebanyak mungkin. Antaranya sentiasa post update maklumat produk dan memberi respon dengan segera pertanyaan daripada pelanggan.

Selain taklimat internet sebagai medium pemasaran, pelajar yang terlibat juga mengikuti aktiviti bermain Saidinna bagi menggalakkan minat pelajar untuk menyertai bidang keusahawanan ini.  Pelajar di bahagi kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang. Permainan Saidina adalah membeli hartanah dan mendapatkan keuntungan daripadanya dan menjual semula atau menyewakannya sehingga kekayaan para pemain berlipat ganda. Pemain yang dapat mengumpulkan kekayaan paling banyak akan digelar "SAIDINA".

Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada setiap pemenang. Pihak sekolah sangat berpuas hati dengan program yang diadakan dan menyatakan hasrat ingin menjemput dan bekerjasama  Pi1M untuk mengadakan pelbagai aktiviti di masa-masa akan datang.