Program Green Pi1m

19 May 2016 |

Pada awal bulan Mei ini, Pusat Internet 1 Malaysia FELDA Bukit Rokan telah berpindah ke bangunan baru. Sehubungan itu, satu program gotong-royong menanam bunga dan menjaga kebersihan “Green Pi1M” telah diadakan pada 19 Mei 2016 yang lalu. Program Green Pi1M ini di adakan di perkarangan bangunan Pi1m.

 

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar. Program ini adalah untuk menggalakkan komuniti setempat supaya bersama-sama menjaga kebersihan dan menceriakan kawasan persekitaran dengan aktiviti menanam bunga atau pokok-pokok yang bersesuaian.

 

Bagi menjayakan Program Green Pi1m ini, Pusat Internet 1 Malaysia FELDA Bukit Rokan telah bersama-sama berganding tenaga dengan Persatuan Sukarelawan Daerah Tampin (PST) dalam mengatur aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yg dilakukan pada hari tersebut adalah mengadakan aktiviti gotong-royong dengan menanam pokok-pokok bunga di persekitaran Pi1m. Sebanyak 10 pokok bunga pelbagai jenis di tanam di dalam pasu dan diletakkan dipersekitaran Pi1m.

 

Selain itu, ahli-ahli PST juga di bawa melawat aktiviti penanaman lada secara fertigasi di salah sebuah rumah usahawan tani penduduk FELDA Bukit Rokan. Penanaman fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan. Kaedah ini lebih mudah,selesa dan tidak memenatkan. Penanam lada fertigasi ini tidak memerlukan ruang yang banyak dan penjagaan pokok yang lebih sistematik. Program ini mendapat perhatian sukarelawan dan ada yang ingin mencuba di rumah.

 

 

Sebelum program ini berakhir ahli PST turut melawat kemudahan yang disediakan oleh Pi1m dan mendengar taklimat ringkas tentang aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Seramai 20 orang ahli sukarelawan yang hadir menyertai program ini dan menyatakan hasrat ingin bekerjasama lagi dengan Pi1m di masa akan datang. Program diakhiri dengan jamuan yang ditaja oleh syarikat Lanora Katering. Program Green Pi1m berakhir pada pukul 5.30 petang.