Kisah Kejayaan Usahawan - SRI BULAN BEAUTY HOUSE

20 June 2016 | Kisah Kejayaan

 

 

PI1M FELDA BUKIT ROKAN

Kisah Kejayaan Usahawan 

Nama               :           SHARIDA BINTI BAHARUDDIN

Umur                :           35 tahun.

Taraf pendidikan:           SPM.

Pekerjaan          :           Usahawan Muda

Perniagaan yang dijalankan di rumah

·         Refleksiologi

·         Rawatan Selepas Bersalin

·         Sauna 

·         Produk Kecantikan

 

NAMA SYARIKAT:        SRI BULAN BEAUTY HOUSE (JV 0003387-V) 

“INI adalah pencapaian saya sejak memulakan perniagaan kecantikan ini, apatah lagi saya bermula dari zero (kosong),” kata, Sarida Binti Baharudin ketika memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikatnya sendiri.

Walaupun baru berusia 35 tahun, Sarida tidak gentar untuk menceburi bidang perniagaan kerana minatnya yang mendalam. Sebelum ini perniagaannya dilakukan secara kecil-kecilan dengan mengadakan rawatan muka dan urutan releksiologi sahaja. Kini perniaaggannya berkembang maju dengan menyediakan pelbagai jenis rawatan kecantikan dan yang terbaru mengeluarkan produk rawatan selepas bersalin.

Mengakui tidak mempunyai pendidikan yang tinggi hanya sekadar SPM sahaja namun beliau sanggup bermula dari bawah. Saya buat sendiri semua urusan dari memberi facial hinggalah menarik pelanggan. Namun berkat dari usaha bersungguh-sungguh dan tidak mengenal erti putus asa, saya telah pun mempunyai kedai dan produk sendiri, katanya. Produk terbaru keluaran Sri Bulan Beauty Spa ialah Jamu Cewek yang kini mendapat sambutan hangat.

Menceritakan kepada kami, internet sebenarnya banyak membantu beliau untuk mempromosi perkhidmatan yang disediakan, melalui facebook dan whatsapp beliau memperkenalkan rawatan-rawatan yang diberikan kepada rakan-rakan. Selain itu, melalui  internet juga beliau berkongsi tips, panduan dan peluang dalam perniagaan. 

Beliau juga tidak lokek memberi ilmu pengetahuan dan berkongsi idea untuk mengembangkan perniagaannya. Disebabkan itu juga, beliau turut aktif dalam persatuan-persatuan komuniti.

Pada tahun 2013 beliau pernah dianugerahkan “Anugerah Pergerakan Wanita Pekebun Kecil Aktif (PWPK)” atas menjalankan pelbagai aktiviti termasuk program keusahawanan.