PROGRAM SAMBUTAN AWAL MUHARRAM@PI1M & KDB

21 October 2016 | Berita Terkini

21 Oktober 2016 - PI1M  Felda Bukit Tangga telah mengadakan satu program iaitu “Program Sambutan Awal Muharram@PI1M & KDB” bersama ahli-ahli PI1M.  Pihak PI1M tidak melepaskan peluang mengadakan program tersebut bagi mengisi masa lapang para ahli PI1M dengan perkara bermanfaat di samping mendapat ilmu baru di PI1M. Program tersebut telah diadakan pada 21 Oktober 2016 bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk bersama-sama pengunjung PI1M menghayati bulan Muharram dengan perkara berfaedah di samping memberi pendedahan kepada pengunjung tentang kelebihan bulan tersebut.        

Peserta menghasilkan Tulisan Khat "Maal Hijrah"

               

               Pihak pengurusan PI1M mengadakan beberapa pertandingan untuk para peserta yang hadir pada hari tersebut. Antara pertandingan yang dijalankan pada hari tersebut ialah pertandingan menghasilkan tulisan khat “Maal Hijrah”, pertandingan menghasilkan slide power point bertajuk “Tentang Hijrah” dan pertandingan menulis mesej tentang Klik Dengan Bijak dalam tulisan jawi.

 

               Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada peserta  untuk menarik minat mereka menjadi generasi yang kreatif. Selain itu semoga mereka dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh dari Pusat Internet 1 Malaysia serta dapat mempraktikkan ilmu tersebut bagi mengisi masa lapang atau boleh dijadikannya sebagai hobi mereka.

               Selain itu, dengan adanya pertandingan sebegini ianya memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan pihak pengurusan PI1M serta ahli-ahli PI1M serta dapat mengubah tanggapan ibu bapa bahawa PI1M bukan hanya memberi perkhidmatan menggunakan internet hanya untuk berhibur dan bersosial sahaja. Aktiviti ini disertai seramai lebih kurang 31 orang pelajar telah mengambil bahagian tersebut.

               Ternyata dengan adanya pertandingan sedemikian ianya dapat menarik minat semua ahli yang menyertai pertandingan tersebut serta menghiburkan kesemua peserta yang terlibat. Para peserta juga mengaharapkan program sedemikian dipanjangkan ke masa akan datang.

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini :

https://www.celcom1cbc.com/bukit-tangga/galeri/2016/11/program-sambutan-awal-muharrampi1m--kdb

Credit : PI1M Felda bukit Tangga

https://www.facebook.com/Pi1M-FELDA-BUKIT-TANGGA-509954779105313/timeline/