PROGRAM BUBUR ASYURA & KDB

26 October 2016 | Berita Terkini

26 Oktober 2016 -Bertempat di perkarangan kaki lima PI1M Felda Bukit Tangga telah diadakan Program Mengacau Bubur Asyura sempena menyambut bulan Muharam. Hanya 1 kawah bubur Asyura disediakan dengan menggunakan resipi yang disediakan oleh  Ajk Gerakan Pembangunan Wanita Felda Bukit Tangga. Bubur asyura tersebut berjaya disiapkan pada jam 1.00 tengah hari.

                Dengan kerjasama dan gotong royong yang disusun secara berjadual melibatkan Ajk GPW, pengurusan Felda, pejabat JKKR dan petugas Perpustakaan Desa Felda Bukit Tangga. Bubur asyura berjaya diagihkan kepada semua kakitangan pejabat Felda Bukit Tangga, jemaah Masjid Al-Husa Felda Bukit Tangga dan ajk-ajk yang terlibat dengan program kacau bubur asyura tersebut. Sesungguhnya program sebegini mempunyai motif yang jelas iaitu sebagai agenda penyatuan tautan ukhuwah antara pengurusan PI1M dan peserta-peserta yang terlibat.

               Sekalipun program Asyura dikaitkan dengan pelbagai peristiwa termasuk sirah Nabi Allah Musa AS yang memulakan agenda ini selepas terselamat daripada Firaun setelah menyeberangi Laut Merah, namun untuk masyarakat hari ini ia menjadi medan komunikasi dan interpersonal sosial yang baik dalam masyarakat. Selain itu para peserta turut diberi sedikit pendedahan tentang Klik Dengan Bijak.

                  Penglibatan semua peserta secara berjadual juga adalah faktor kejayaan menyiapkan bubur Asyura sebagaimana yang dijadualkan. Semoga program yang dilaksanakan dapat memupuk semanagt bergotong-royong dan mengeratkan lagi hubungan antara pengurusan Pi1M Felda Bukit Tangga degan ajk-ajk GPR, JKKR, pengurusan felda dan komuniti setempat. Pihak pengurusan PI1M juga berharap program sedemikian dipanjangkan ke masa akan datang.

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini :

https://www.celcom1cbc.com/bukit-tangga/galeri/2016/11/program-bubur-asyura--kdb-

Credit : PI1M Felda bukit Tangga

https://www.facebook.com/Pi1M-FELDA-BUKIT-TANGGA-509954779105313/timeline/