ADVOKASI @ SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA MATA AIR

19 October 2016 |

19 Oktober 2016 – Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tangga telah menjalinkan kerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Felda Mata Air bagi menjayakan program Avokasi dan Taklimat Klik Dengan Bijak. Program tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Felda Mata Air, Perlis. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tangga telah bergabung dengan PI1M Felda Mata Ayer, PI1M Felda Chuping, PI1M Felda Rimba Mas dan PI1M PPR Bintong bagi menjayakan program tersebut. 

               Program Advokasi @ Sekolah Kebangsaan Felda Mata Air bermula pada jam 8.30 pagi, dimulakan dengan pendaftran peserta. Peserta yang hadir terdiri dari pelajar sekolah terbabit yang berumur antara 10 hingga 12 tahun. Seramai 60 orang pelajar telah hadir untuk program kali ini.

               Pihak gabungan PI1M telah mengambil inisiatif mengadakan Program Advokasi @ Sekolah Kebangsaan Felda Mata Air ini melibatkan aktiviti-aktiviti dan tugasan seperti setiap kumpulan diberikan sebuah notebook untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Mereka perlu mnyiapkan slide perbentangan menggunakan MS Power Point tentang Klik Dengan Bijak dalam masa yang ditetapkan dan perlu membuat perbentangan hasil kerja mereka.

               Setelah tamat sesi perbentangan oleh semua kumpulan yang terlibat, setiap fasilitator yang terdiri dari petugas Pusat Internet 1 Malaysia perlu membuat penerangan dan ulasan mengenai tajuk yang diberikan mengikut kumpulan jagaan mereka. Ianya bertujuan untuk memastikan semua peserta yang terlibat jelas dengan program tersebut dan mendapat pengetahuan yang bermenfaat tentang Klik Dengan Bijak.

               Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada peserta  untuk menarik minat mereka menjadi generasi yang kreatif dan mempunyai kesedaran tentang Klik Dengan Bijak. Selain itu semoga mereka dapat memanfaatkan ilmu yang disampaikan dari Petugas-petugas  Pusat Internet 1 Malaysia serta mempraktikan ilmu yang mereka perolehi pada hari tersebut.

 

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini :

https://www.celcom1cbc.com/bukit-tangga/galeri/2016/11/advokasi--sekolah-kebangsaan-felda-mata-air

Credit : PI1M Felda bukit Tangga

https://www.facebook.com/Pi1M-FELDA-BUKIT-TANGGA-509954779105313/timeline/