USAHAWAN BENGKEL DAN KEDAI RUNCIT

30 October 2016 | Berita Terkini

NAMA               :        PUAN NOR HAFISHAH BINTI AZIZAN

UMUR              :        31 TAHUN

LOKASI            :        FELDA BUKIT TANGGA

PEKERJAAN    :        MEMBUKA KEDAI MEMBAIKI MOTOSIKAL DAN KEDAI RUNCIT

E-MAIL             :        pishahbobokboi@gmail.com

FACEBOOK      :        NOR HAFISHAH AZIZAN (https://www.facebook.com/norhafishah.azizan)

   

                                                               

                                                          Puan Nor Hafishah binti Azizan (Pemilik Bengkel Motosikal dan Kedai Runcit)

   Puan Nor Hafishah atau lebih dikenali sebagai Fieshah oleh penduduk sekitar dan para pelanggannya merupakan seorang anak jati Felda Bukit Tangga yang memiliki bengkel membaiki motosikal bersama suaminya. Menariknya, beliau turut membuka sebuah ruang kecil bersebelahan bengkelnya dengan menjual barang-barang runcit.

            Puan Hafishah mendapat idea untuk membuka bengkel motosikal setelah suaminya mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Pada asalnya, beliau dan suaminya hanya menjalankan operasi membaiki di rumah sahaja. Namun, disebabkan ruang di kawasan rumah yang kecil ditambah permintaan yang tinggi di kalangan penduduk menyebabkan beliau mengambil keputusan dengan menyewa di kawasan yang lebih luas. Tindakan untuk menyewa bukanlah pilihan yang bijak apabila bengkel beliau sering menjadi sasaran pencuri. Hal itu menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat dan tempat tumpuan penduduk.

         Puan Hafishah mendapat modal perniagaan melalui pinjaman kewangan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan juga Tekun Nasional (TEKUN). Beliau turut mendapat bimbingan keusahawanan dengan menghadiri kursus-kursus yang disediakan oleh pihak terbabit. Disebabkan beliau aktif dalam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Beliau telah dilantik sebagai ketua pusat AIM Bukit Kayu Hitam.

                                                                                     

                                                          Ketika Menghadiri Kursus Keusahawanan TEKUN Bersama Rakan-Rakan

          Lebih membanggakan, bengkel motosikal beliau dan suami menjadi pemilik tunggal bengkel di kawasan felda kerana beliau mengusahakan bengkel ini sepenuh masa. Ini kerana perniagaan ini merupakan punca pendapatan bagi mereka sekeluarga. Kini, beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan online untuk mengukuhkan lagi kewangan keluarga.

                      

                                                                                  Bengkel Motosikal Milik Puan Hafishah

            Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia untuk mendapatkan bantuan berkaitan penggunaan internet serta mendapat tunjuk ajar untuk mewujudkan laman sosial seperti facebook, Instagram untuk memudahkan beliau berinteraksi di alam maya. Beliau berharap lebih ramai lagi menyertai dan menceburi bidang perniagaan seperti yang sedang beliau jalankan.

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini :

 https://www.celcom1cbc.com/bukit-tangga/galeri/2016/11/usahawan-bengkel-dan-kedai-runcit

Credit : PI1M Felda bukit Tangga

https://www.facebook.com/Pi1M-FELDA-BUKIT-TANGGA-509954779105313/timeline/