JADIKAN PI1M SEBAGAI PUSAT PEMBELAJARAN DAN MENGISI MASA LAPANG

19 November 2016 | Berita Terkini

          Wan Nur Adnin Binti Wan Azman merupakan pelajar Tahun 3 yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang ahli berdaftar PI1M Felda Bukit Tangga. Wan Nur Adnin mula mengunjungi PI1M Felda Bukit Tangga ketika dia berusia 5 tahun lagi. Ketika mula-mula mengunjungi PI1M Felda Bukit Tangga, Wan Nur Adnin langsung tidak tahu cara menggunakan komputer dan mahupun kemudahan internet.

            Kewujudan PI1M Felda Bukit Tangga ini telah memberi peluang untuk Wan Nur Adnin untuk mempelajari komputer secara percuma serta cara-cara untuk melayari internet dengan cara yang betul dan selamat. Wan Nur Adnin tidak melepaskan peluang menghadiri kelas komputer yang dianjurkan oleh pihak Pi1M Felda Bukit Tangga pada setiap Hari Khamis bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang untuk pelajar tahun 3. Wan Nur Adnin juga sering mengambil bahagian setiap kali pihak PI1M Felda Bukit Tangga mengadakan Program bersama komuniti dan ahli-ahli PI1M yang lain.

           Wan Nur Adnin beruntung kerana rumahnya yang berdekatan dengan PI1M dan memudahkan beliau untuk mengunjungi PI1M setiap masa selapas waktu persekolahan untuk mencari maklumat dan mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di PI1M Felda Bukit Tangga. Kebanyakkan masa hujung minggunya dihabiskan dengan mempelajari komputer dan melayari internet serta mencari maklumat-maklumat yang dipinta oleh guru sekolahnya untuk menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya terdapat masalah dalam menyiapkan kerja sekolahnya dia akan merujuk kepada kakitangan PI1M Felda Bukit Tangga untuk pertanyaan dan penyelesaiannya. Beliau juga dapat membantu kawan-kawannya yang baru berjinak-jinak untuk mengunjungi PI1M untuk membuka komputer serta mencari maklumat ringkas melalui internet.

 

                                                                           

                                                                             Wan Nur Adnin Binti Wan Azman / PI1M Felda Bukit Tangga

        Penubuhan PI1M dikawasan pedalaman sememangnya banyak membantu dalam mempertingkatkan lagi mutu pendidikan negara dalam kalangan pelajar luar bandar khususnya. Kewujudannya jika digunakan sebaik mungkin memberikan impak yang besar kepada pelajar. Hal ini kerana dengan adanya kemudahan seperti ini, pelajar tidak lagi perlu untuk turun ke bandar berdekatan dalam urusan  mendapatkan maklumat dan perkhidmatan bagi setiap tugasan yang diberikan. Selain itu, capaian internet juga merupakan salah satu sumber alternatif / tambahan dalam memperolehi ilmu pengetahuan.

 

                                                     

                                     Wan Nur Adnin Binti Wan Azman melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan di PI1M Felda Bukit Tangga

       Peluang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya oleh Wan Nur Adnin. Dengan adanya pusat internet dia tidak ada apa lagi yang perlu  dirisaukan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu, faktor kedudukan PI1M yang berhampiran dengan rumahnya, selesa dan diperlengkapi dengan kemudahan untuk print dan photostat segala kerja kursus yang perlu disiapkannya. Beliau juga merupakan antara pelajar yang bijak di dalm sekolahnya dan sering mendapat tempat pertama setiap peperiksaan diadakan. Beliau turut bebangga dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada SKMM kerana kampungnya merupakan kawasan yang terpilih untuk mendirikan Pusat Internet 1 Malaysia.

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini :

https://www.celcom1cbc.com/bukit-tangga/galeri/2016/11/jadikan-pi1m-sebagai-pusat-pembelajaran-dan-mengisi-masa-lapang

Credit : PI1M Felda bukit Tangga

https://www.facebook.com/Pi1M-FELDA-BUKIT-TANGGA-509954779105313/timeline/