ADVOKASI @ SEKOLAH RENDAH ISLAM II FELDA MATA AIR

15 November 2016 | Berita Terkini

15 November 2016 – Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tangga dengan kerjasama Kluster Perlis Utara Berjaya menganjurkan satu lagi Program Advokasi dan Taklimat Klik Dengan Bijak. Program tersebut diadakan di Sekolah Rendah Islam II Felda Mata Air, Perlis. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tangga telah bergabung dengan PI1M Felda Mata Ayer, PI1M Felda Chuping dan PI1M Felda Rimba Mas  bagi menjayakan program tersebut.

               Program Advokasi @ Sekolah Rendah Islam II Felda Mata Air bermula pada jam 8.30 pagi, dimulakan dengan pendaftran peserta. Peserta yang hadir terdiri dari pelajar sekolah terbabit yang berumur antara 9 hingga 11 tahun. Seramai 69 orang pelajar telah hadir untuk program kali ini.

                 Pihak gabungan PI1M telah mengambil inisiatif mengadakan Program Advokasi @ Sekolah Rendah Islam II Felda Mata Air ini melibatkan aktiviti-aktiviti berkumpulan dan tugasan seperti setiap kumpulan diberikan sebuah notebook untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Mereka perlu menyiapkan slide pembentangan menggunakan MS Power Point tentang Klik Dengan Bijak dalam masa yang ditetapkan dan perlu membuat pembentangan hasil kerja mereka.

               Setelah tamat sesi pembentangan oleh semua kumpulan yang terlibat, setiap fasilitator yang terdiri dari petugas Pusat Internet 1 Malaysia perlu membuat penerangan dan ulasan mengenai tajuk yang diberikan mengikut kumpulan jagaan mereka. Ianya bertujuan untuk memastikan semua peserta yang terlibat jelas dengan program tersebut dan mendapat pengetahuan yang bermanfaat tentang Klik Dengan Bijak.

               Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada peserta  untuk menarik minat mereka menjadi generasi yang kreatif dan mempunyai kesedaran tentang Klik Dengan Bijak. Selain itu semoga mereka dapat memanfaatkan ilmu yang disampaikan dari petugas-petugas  Pusat Internet 1 Malaysia serta mempraktikan ilmu yang mereka perolehi pada hari tersebut.

 

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini :

https://www.celcom1cbc.com/bukit-tangga/galeri/2016/11/advokasi--sekolah-rendah-islam-ii-felda-mata-air

Credit : PI1M Felda bukit Tangga

https://www.facebook.com/Pi1M-FELDA-BUKIT-TANGGA-509954779105313/timeline/