MAJLIS PERASMIAN PI1M FELDA BUKIT TANGGA

26 November 2016 | Berita Terkini

26 November 2016 – Pada 26 November 2016 Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tangga dengan kerjasama Pejabat Felda Bukit Tangga, JKKR & GPW mengadakan satu majlis perasmian Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tangga kerana telah beroperasi di bnagunan baru. PI1M Felda Bukit Tangga sebelum ini beroperasi di bangunan Dewan Felda Bukit Tangga sejak tahun 2010 hinggga awal tahun 2016. Setelah mendapat kelulusan dari pihak Felda, PI1M Felda Bukit Tangga diberi satu tapak kosong untuk dibina bangunan baru bagi operasi PI1M Felda Bukit Tangga.

                                       

Bangunan baru PI1M Felda Bukit Tangga telah siap sepenuhnya dan berjaya mendapat kelulusan oleh pihak SKMM untuk digunakan oleh kegunaan orang ramai pada bulan April 2016. Bangunan baru PI1M turut diberi sentuhan dan susun atur yang lebih moden dan terkini dengan peralatan yang disediakan semuanya serba baru. Penduduk sekitar tidak melepaskan peluang menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PI1M felda Bukit Tangga. Ternyata dengan terbinanya bangunan baru dan semua peralatan baru tersebut ia dapat menarik lebih ramai lagi penduduk sekitar untuk berkunjung ke PI1M Felda Bukit Tangga. 

                                                               

Bagi meraikan serta menghargai usaha pihak terlibat membina bangunan baru PI1M Felda Bukit Tangga, pihak pengurusan PI1M Felda Bukit Tangga bersepakat memilih tarikh 26 November 2016 sebagai tarikh untuk mengadakan Majlis Perasmian PI1M Felda Bukit Tangga. Pihak pengurusan PI1M berbesar hati menjemput Yb. Dato’ Haji Ahmad Zaini Bin Japar selaku ADUN Bukit Kayu Hitam  bagi merasmikan bangunan baru PI1M Felda Bukit Tangga. Majlis tersebut bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

                                                                

Terdapat pelbagi aktiviti menarik turut dijalankan pada hari perasmian tersebut  seperti acara sukaneka, pertandingan mewarna, pendaftaran ahli percmua, cabutan bertuah serta program mobile-ewaste. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada peserta  untuk menarik minat mereka menjadi generasi yang kreatif dan mempunyai kesedaran tentang kemudahan yang disediakan di kampong mereka.

                                                                 

 

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini :

https://www.celcom1cbc.com/bukit-tangga/galeri/2016/11/majlis-perasmian-pi1m-felda-bukit-tangga

Credit : PI1M Felda bukit Tangga

https://www.facebook.com/Pi1M-FELDA-BUKIT-TANGGA-509954779105313/timeline/