BENGKEL ICT MUSIM CUTI SEKOLAH SIRI 3/2016 DAN KDB

23 December 2016 | Berita Terkini

                 23 Disember 2016 - PI1M Felda Bukit Tangga telah mengadakan satu program iaitu Bengkel ICT Musim Cuti Sekolah Siri 3 2016 dan KDB. Pihak PI1M tidak melepaskan peluang mengadakan program tersebut bagi mengisi masa lapang para ahli PI1M dengan perkara bermanfaat di samping mendapat ilmu baru di PI1M. Program tersebut telah diadakan pada 23 Disember 2016 bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan ICT.

                 Pihak PI1M telah mengambil inisiatif mengadakan program Bengkel ICT Musim Cuti Sekolah Siri 3 2016 dan KDB ini melibatkan aktiviti-aktiviti seperti menghasilkan kad perniagaan yang menarik dan ceria dan juga pendedahan menggunakan teknologi dengan berhemah .Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada peserta untuk menarik minat mereka menjadi generasi yang kreatif. Selain itu semoga mereka dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh dari Pusat Internet 1 Malaysia serta dapat mempraktikkan ilmu tersebut bagi mengisi masa lapang atau boleh dijadikannya sebagai hobi mereka.

 

              Selain itu, dengan adanya pertandingan sebegini ianya memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan pihak pengurusan PI1M serta ahli-ahli PI1M serta dapat mengubah tanggapan ibu bapa bahawa PI1M bukan hanya memberi perkhidmatan menggunakan internet hanya untuk berhibur dan bersosial sahaja. Aktiviti ini disertai seramai lebih kurang 10 orang pelajar telah mengambil bahagian tersebut.

             Ternyata dengan adanya program sedemikian ianya dapat menarik minat semua ahli yang menyertai pertandingan tersebut serta menghiburkan kesemua peserta yang terlibat. Para peserta juga mengaharapkan program sedemikian dipanjangkan ke masa akan datang.

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini :

https://www.celcom1cbc.com/bukit-tangga/galeri/2017/01/bengkel-ict-musim-cuti-sekolah-siri-32016--kdb

Credit : PI1M Felda bukit Tangga

https://www.facebook.com/Pi1M-FELDA-BUKIT-TANGGA-509954779105313/timeline/