PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & KDB @PI1M

16 December 2016 | Berita Terkini

16 Disember 2016 - PI1M  Felda Bukit Tangga telah mengadakan satu program iaitu Program Sambutan Maulidur Rasul & KDB @PI1M bersama ahli-ahli PI1M.  Pihak PI1M tidak melepaskan peluang mengadakan program tersebut bagi mengisi masa lapang para ahli PI1M dengan perkara bermanfaat di samping mendapat ilmu baru di PI1M. Program tersebut telah diadakan pada 16 Disember 2016 bermula jam 2 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk bersama-sama pengunjung PI1M menghayati maksud sambutan Maulidur Rasul dengan menghasilkan Selawat daripada Kufi Art. Selain itu, Taklimat KDB juga disampaikan kepada peserta untuk memupuk kesedaran dan membimbing peserta menggunakan internet dengan lebih berhemah.

Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada peserta  untuk menarik minat mereka menjadi generasi yang kreatif. Selain itu, diharap mereka dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh dari Pusat Internet 1 Malaysia serta dapat mempraktikkan ilmu tersebut bagi mengisi masa lapang atau boleh dijadikannya sebagai hobi mereka.

Justeru, dengan adanya pertandingan sebegini ianya memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan pihak pengurusan PI1M serta ahli-ahli PI1M serta dapat mengubah tanggapan ibu bapa bahawa PI1M bukan hanya memberi perkhidmatan menggunakan internet hanya untuk berhibur dan bersosial sahaja. Aktiviti ini disertai seramai lebih kurang 15 orang pelajar telah mengambil bahagian tersebut.

 Ternyata dengan adanya pertandingan sedemikian ianya dapat menarik minat semua ahli yang menyertai pertandingan tersebut serta menghiburkan kesemua peserta yang terlibat. Para peserta juga mengharapkan program sedemikian dipanjangkan ke masa akan datang.

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini :

https://www.celcom1cbc.com/bukit-tangga/galeri/2017/01/program-sambutan-maulidur-rasul--kdb-pi1m

Credit : PI1M Felda bukit Tangga

https://www.facebook.com/Pi1M-FELDA-BUKIT-TANGGA-509954779105313/timeline/