Komuniti




1. JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN RANCANGAN (JKKR) FELDA BUKIT TANGGA








    Bagi menyelaras kegiatan masyarakat penempatan yang mempunyai populasi yang tinggi seperti Felda Bukit Tangga memerlukan sebuah
 jawatankuasa yang proaktif. Justeru, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) ditubuhkan. Di samping menjaga keselamatan 
dan keharmonian masyarakat setempat, matlamat jangka panjang JKKR Felda Bukit Tangga ialah meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di sini. 
JKKR Felda Bukit Tangga turut menubuhkan beberapa biro untuk memudahkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti di sini. Antara biro-biro yang ditubuhkan
 ialah Biro Pelajaran, Biro Ekonomi, Biro Masyarakat, Biro Agama, Biro Belia dan Biro Keselamatan.



2. GERAKAN PERSATUAN WANITA (GPW) FELDA BUKIT TANGGA








   Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) Felda Bukit Tangga telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menyelaras aktiviti-aktiviti golongan wanita di sini. 
GPW juga mendapat bantuan kewangan daripada Felda bagi melaksanakan sebarang aktiviti yang ingin dijalankan bersama ahli persatuan. Adanya 
pergerakan seperti ini, segala aktiviti dapat dijalankan dengan lebih terancang dan kemas untuk menentukan hala tuju dan mencapai sasaran yang 
ditetapkan dengan lebih sistematik bebanding dengan mula-mula penubuhan  felda yang hanya menumpukan pada perladangan getah.




3. PERSATUAN BELIA FELDA BUKIT TANGGA






   Persatuan Belia Felda Bukit Tangga yang berada di bawah naungan Pergerakan Belia 4 Bersatu (4B) amat bergiat aktif. Persatuan Belia Felda Bukit Tangga
 merupakan persatuan yang mewakili belia- belia di dalam Felda Bukit Tangga. Pelbagai aktiviti kerap dijalankan seperti Pertandingan Futsal,Pertandingan Sepak 
Takraw,Program Gotong Royong, Program Konvoi Motosikal dan banyak lagi.Ia bertujuan menarik lebih ramai lagi golongan remaja dan belia bagi bersama-sama 
melakukan aktiviti yang berfaedah. PERSATUAN WANITA (GPW) FELDA BUKIT TONGKAT.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.