Maklumat Tempatan




                  Rancangan FELDA Bukit Tangga yang terletak dalam daerah Kubang Pasu ini telah dibuka pada tahun 1978. 

Sebelum pembukaan tanah rancangan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), kawasam ini dinamakan Bukit 

Batu Bertangga.  Nama tersebut diperoleh dari sebuah bukit yang kelihatan seperti bertangga-tangga di kawasan lerengnya.

Apabila Felda membuka tanah rancangan di sini pada tahun 1978, peneroka awal yang menetap di kawasanini telah 

menukarkan nama kepada Felda Bukit Tangga.





 

                                   Sebelum penerokaan, kawasan ini dipenuhi oleh hutan. Apabila Felda membuka dan menjadikannya sebuah tanah

 rancangan, kawasan ini  ula membangun dan makmur. Kini banayk perubahan boleh dilihat antaranya rumah-rumah peneroka telah banyak

 diubah suai bersesuaian dengan taraf hidup mereka. Manakala setiap peneroka diberikan tanah seluas 10 ekar untuk mengusahakan tanaman

 getah. Jumlah penduduk di Felda Bukit Tangga dianggarkan kira-kira 3887 orang serta jumlah peneroka sebanyak 370 orang. Kesemua penduduk

 di sini berbangsa Melayu dan beragama Islam.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.