Pelancongan & Rekreasi

Felda Bukit Tangga merupakan sebuah tanah rancangan FELDA yang terletak di daerah Kubang Pasu. Manakala 

terdapat dua bandar di daerah ini iaitu pekan Jitra dan pekan Changlun. Terdapat beberapa tempat menarik di daerah

 ini yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke sini.

 

Antara tempat menarik di daerah Kubang Pasu yang boleh dilawati ialah:

 

1.     Taman tema Tasik Darul Aman di Jitra – Kawasan rekreasi penduduk setempat. Terdapat kemudahan meletak

 kereta, kawasan riadah, trek jogging, padang futsal dan lain-lain. Pengunjung juga boleh mengayuh paddle boat di 

tasik yang luas.



 




2.     Taman rekreasi Bukit Wang – Kawasan rekreasi air terjun yang popular untuk aktiviti perkhemahan. Kemudahan 

yang disediakan adalah seperti chalet, gerai dan padang permainan kanak -kanak. Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 

petang.



 




3.     Kompleks membeli belah Bukit Kayu Hitam - Kompleks membeli-belah ini merupakan sempadan yang memisahkan

 bandar Bukit Kayu Hitam dengan kawasan Danok yang terletak di Selatan Thailand. Ianya merupakan salah satu daripada

 pintu masuk utama pelancong daripada Negara Thailand.





4.     Gua Kerbau dan Gua Batu Putih –  Gua Batu Kapur yang terletak di Kodiang, Jitra. Penemuan kesan sejarah di dalam

 gua ini membuktikan bahawa ia pernah didiami oleh manusia pada zaman dahulu. Sekarang ia menjadi salah satu lokasi

 pelancongan menarik di Kedah.




© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.