Pendidikan

1.Sekolah Rendah & Pra-Sekolah :







              SK Felda Bukit Tangga wujud dengan pembukaan  Felda Bukit Tangga pada 01.01.1984.  Ia mempunyai dua blok bangunan 

pasang siap yang mengandungi 9 bilik darjah dan 1 bilik pejabat serta 1 bilik guru. Pembinaan  2 blok setingkat ini bermula pada

 bulan November 1983 di tapak seluas 9.4 ekar.  Pada awal Januari 1984 iaitu hari pertama persekolahanbangunan sekolah ini 

hanya 85 peratus siap.  Kerja-kerja pembinaan diteruskan selepas waktu persekolahan di sebelah petang.

 

             Pada peringkat awal ini, SK Felda Bukit Tangga hanya mempunyai 8 orang tenaga pengajarseorang keraniseorang pekerja 

am dan jumlah pelajar seramai 213 orang yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda.  Guru Besar yang pertama ialah Tuan Syed 

Ali Zainal Abidin bin Syed Abd. Rahman. Upacara perasmian sekolah telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar 

Kedah pada 25. 03. 1984.


              Bilangan murid semakin bertambah dari tahun ke tahun sehingga melebihi 500 orang pada tahun 1986.  Oleh kerana kekurangan 

bilik darjahsesi petang terpaksa diadakan.  Ini berlarutan selama dua tahun sehinggalah bangunan baru diluluskan pembinaannya.

 

              Seterusnya pada tahun 2002 sebuah lagi bangunan 4 tingkat telah dibina dan siap sepenuhnya pada tahun 2003.  Mulai Januari 2004, 

bangunan tersebut telah digunakan dan merupakan bangunan utama ketika ini.  Bangunan ini mengandungi sebuah dewan terbukasebuah

 bilik guru, sebuah pejabat, 6 bilik darjahsebuah makmal sainssebuah bilik audio visual, sebuah pusat sumber, 2 buah bilik persalinansebuah 

setor P.Jasmanisebuah tandas murid perempuan, 2 buah tandas guru dan 2 buah tandas OKU.


Nama Sekolah    : Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga

No. Telefon         :+604-9222340

Fax                        :+604-9222340

E-mail                   :skfbt.ppdkp@gmail.com

Laman web         : http://skfbt1.blogspot.com/



2.Tabika KEMAS :







            Felda Bukit Tangga juga menyediakan sekolah Tabika Kemas untuk anak-anak yang berumur 4 hingga 6 tahunTabika ini juga 

mempunyai tiga orang guru yang berpendidikan SPAK dan juga tiga orang pembantu tabikaSesi persekolahan bermula seawall jam

 7.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu.

           

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.